ads

Motosikal Di Atas Lebuhraya Persekutuan – “Apa Lagi Pilihan Yang Kami Ada?”

Sumber imej: Google

  • Sebuah artikel yang telah disiarkan baru-baru ini oleh The Malay Mail menyaksikan pengarangnya merungut tentang penunggang motosikal menunggang motosikal mereka di atas Lebuhraya Persekutuan.
  • Lebih banyak motosikal telah memasuki laluan utama kerana sebahagian daripada laluan motosikal telah ditutup bagi pengubahsuaian.
  • Walaupun ada di antara mereka menunggang secara lalai, ianya tidak adil bagi melabel ke semua penunggang motosikal sebagai ‘gangguan’ atau ‘mat rempit’.

Sumber imej: The Star

Merujuk kepada sebuah artikel yang telah disiarkan oleh The Malay Mail pada awal hari ini, pengarangnya dengan jelas sekali menyatakan bahawa lebih ramai penunggang motosikal telah menunggang motosikal mereka di atas laluan utama dan dengan semberononya melabel mereka sebagai ‘gangguan’, malah sebagai ‘mat rempit’. Artikel yang bias itu, yang mana mungkin mengelirukan bagi sesetengah, terutamanya pengguna jalan raya yang lain, telah ditulis tanpa mengambil kira keadaan sebenar di sebalik kejadian berkenaan.

Memang benar yang kita sedang menyaksikan semakin banyak motosikal ditunggangi di atas laluan utama, tetapi, apa lagi pilihan yang kita ada? Ke semua daripada kita hanyalah ingin menuju destinasi masing-masing dan dengan kebanyakan laluan motosikal ditutup untuk renovasi (dan ada yang telah dibanjiri akibat hujan), kami terpaksa merisikokan nyawa kami dengan menunggang di atas lebuh raya.

Sumber imej: The Star

Ianya sekita bulan Ogos pada tahun lalu di mana Kementerian Kerja Raya memutuskan untuk memperuntukkan belanjawan sebanyak RM3.13 juta untuk memperbaiki laluan khas motosikal bagi memastikan keselamatan semua orang yang menggunakan Lebuhraya Persekutuan. Ianya telah dilaksanakan hanya SELEPAS Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri Fadillah Yusof menunggang sebagai pembonceng di atas laluan motosikal tersebut bagi menyaksikan dengan sendiri keadaan laluan-laluan berkenaan.

RM3.13 million to fix Federal Highway bike lane… Finally!

Artikel tersebut juga mengatakan bahawa penunggang motosikal menyelit-nyelit di celah trafik, menunggang di garisan tengah antara laluan, dan tidak berada di laluan kecemasan sahaja. Sebagai penunggang motosikal dan pengguna harian Lebuhraya Persekutuan, terdapat beberapa ketika di mana kita melakukannya tetapi perlulah disedari bahawa menunggang di garisan tengah antara laluan adalah pilihan yang lebih selamat buat pengguna jalan raya berbanding dengan menunggu di dalam kesesakan trafik dihimpit antara kereta, lori, dan pelbagai kenderaan lain yng lebih besar di atas jalan raya (dengan syarat kita melakukannya dengan kelajuan yang bersesuaian).


Sumber imej: NST

Mengenai penunggangan di atas laluan kecemasan, nama laluan itu sendiri sepatutnya menjadi bayangan atau klu yang ianya dikhaskan untuk kecemasan. Ya, betul ia tampak lebih selamat namun bagaimana pula dengan pemandu kereta yang telah memasuki laluan kecemasan tersebut dan menyebabkan kesesakan yang lebih teruk, dan lebih banyak masalah sekiranya berlakunya kecemasan yang sebenar? kita perlulah sentiasa mengambil berat tentang keadaan satu sama sendiri, lebih-lebih lagi di atas jalan raya, tuan-tuan dan puan-puan.

Bukan semua penunggang motosikal berperangai sebegini….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ada masanya di mana sesetengah (bukan semua) penunggang motosikal menunggang motosikal mereka dengan cuai di antara trafik seperti orang gila, tetapi, ianya bukanlah satu sebab untuk menyalahkan setiap seorang penunggang motosikal yang ada di atas jalan raya. Kebanyakan daripada kita hanya ingin tiba ke destinasi masing-masing dengan selamat seperti pengguna jalan raya yang lain. Berkenaan hon pula, ianya hanyalah sekadar isyarat bagi pengguna jalan raya yang lain bagi memastikan mereka sedar akan kehadiran kami di atas jalan raya. Begitu banyak kemalangan berlaku di mana pemandu kereta menukar laluan dengan tiba-tiba tanpa menyedari penunggang motosikal di atas jalan raya.

Apa yang kami ingin sampaikan adalah kami semua sentiasa mencuba sebaik yang mungkin untuk menjadi penunggang yang berhemah di waktu bila kerajaan sedang melakukan penambahbaikan pada laluan khas motosikal. Penunggang motosikal, seperti mana pengguna jalan raya yang lain ada hak untuk berada di atas jalan raya, dan ianya lebih elok sekiranya kita sama bertimbang rasa antara satu sama lain.

Tips To Spread The Word On Motorcycle Awareness

Buat para pemandu kereta, kami minta anda bersabar dengan kami pada masa dan ketika ini oleh kerana kami kami tiada pilihan lain selain daripada memasuki laluan utama kerana laluan motosikal telah ditutup. Pada penghujung harinya, kita semua terpaksa menggunakan jalan raya kerana masing-masing ada tanggungjawab yang perlu dipenuhi bagi menyara keluarga masing-masing.

Marilah kita menjadi pengguna jalan raya yang berhemah dan pastikanlah keselamatan sesama kita terjaga di atas jalan raya.

Untuk membaca artikel asal oleh The Malay Mail, TEKAN SINI.

Leave a Reply