Wilayah International Motofest 2018 telah berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada hujung minggu lalu. Dianjurkan oleh DBKL dan Kepala Kuasa Motorcycle Group (KKMG), ribuan penunggang motosikal telah berhimpun untuk acara dua hari tersebut. Acara tahun ini boleh dianggap jauh lebih besar dan hebat dari acara extravaganza tahun lalu.
Author: Zarul Faiz
Pusingan pembukaan WorldSBK 2018 telah menyaksikan Marco Melandri merangkul kemenangan berganda dalam kedua-dua perlumbaan di Australia. Melandri berjaya menangkis serangan kedua-dua penunggang pasukan Kawasaki Racing Team dalam Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 untuk memenangi perlumbaan-perlumbaan tersebut. Tom Sykes dan Chaz Davies melengkapkan podium dalam Perlumbaan 1 manakala Jonathan Rea bersama dengan Xavi Fores pula melengkapkan…
Motosikal BMW S 675 R Concept ini telah dilakar oleh pereka industrial Nicolas Petit. Terdapat hanya segelintir sahaja pengeluar yang masih menghasilkan motosikal 600cc. BMW belum mengumumkan sama ada mereka akan menjinakkan diri dalam segmen supersport 600cc.
Eastern Bobber memerlukan bantuan dana anda bagi mewakili Malaysia di INTERMOT Jerman pada tahun ini. Pembuat motosikal buatan khas, Omar Jumiran, beserta karya ciptaannya, Bone-X, akan bertanding di “AMD World Championship of Custom Bike Building 2018”. Dia akan menjadi warga Malaysia pertama yang akan bertanding di sana dan memerlukan segala bantuan (dan dana) yang dia…
Dua buah unit motosikal Ducati 1299 Panigale Final Edition 2017 telah pun tiba di Malaysia pada awal hari ini. Salah sebuah daripada motosikal tersebut telah pun dijual manakala sebuahnya lagi masih sedia menanti pemilik barunya. Ditetapkan pada harga RM339,999 (harga asas beserta GST), motosikal Final Edition ini boleh didapati di Ducati Malaysia di Petaling…
Juara dunia MotoGP empat kali, Marc Marquez, adalah duta baru Tissot. Marquez telah dipilih sebagai wakil terbaru bagi pembuat jam dari Switzerland kerana keazaman, semangat juang dan hasil usahanya. Jam rasmi MotoGP terkini yang dihasilkan untuk Marquez adalah Tissot T-Race Marc Marquez 2018.
Motosikal Moto2 Kalex janaan Triumph 2019 ini tampak sudah bersedia untuk musim 2019. Moto2 musim 2019 bakal menyaksikan penggunaan enjin tiga silinder 765cc serba baru keluaran Triumph. Kalex telah pun mengambil langkah bagi menarik minat kebanyakan pelanggannya bagi menggunakan casis mereka untuk tahun 2019.
WorldSBK musim 2018 akan bermula pada hujung minggu ini dari 23 hingga 25 Februari 2018. Pusingan pembukaan Yamaha Finance Australia telah secara rasminya dilancarkan di Litar Phillip Island Grand Prix. Perlumbaan 1 akan bermula pada hari esok (Sabtu), dari jam 12 tengah hari waktu tempatan, dan Perlumbaan 2 pada hari Ahad pada waktu yang sama.
Tech3 tidak akan terus kekal sebagai pasukan satelit Yamaha pada tahun 2019. Ketua pasukan, Herve Poncharal, mengatakan bahawa dia telah diberikan satu tawaran yang istimewa. Dia bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang maklumat tambahan.