GP Qatar: Empat Pasukan Protes Penggunaan Alat Aerodinamik Oleh Ducati

Pegawai perlumbaan mengesahkan kemenangan Andrea Dovizioso dalam aksi pembukaan MotoGP musim ini selepas menolak aduan mengenai penggunaan alat aerodinamik oleh Ducati. Andrea Dovizioso muncul juara aksi pembukaan MotoGP di Qatar apabila berjaya mengetepikan cabaran wakil Honda, Marc Marquez denga hanya dibezakan 0.023 saat. Kedua-dua pelumba bersaing sengit sepanjang 22 pusingan, dengan Marquez gagal membuat pecutan…

GP Qatar: Dovizioso Ketepikan Cabaran Marquez Dalam Aksi Pembukaan

Andrea Dovizioso memulakan aksi pembukaan MotoGP 2019 dengan kemenangan di GP Qatar selepas berjaya mengetepikan cabaran sengit oleh pertahan juara, Marc Marquez. Bermula di petak kedua, Dovizioso berjaya memintas pelumba di petak utama, Maverick Vinales sebaik melalui selekoh pertama. Marquez turut bermula dengan baik sekaligus memulakan perebutan tempat pertama bersama Dovizioso. Percubaan berani Marquez di…

GP Qatar: Vinales Bermula Di Petak Depan

Pelumba Yamaha, Maverick Vinales berjaya merebut petak utama bagi aksi pembukaan saingan MotoGP 2019 di Qatar selepas mengungguli sesi kelayakan penuh drama. Vinales meneruskan aksi mantap dari ujian pra-musim di Litar Losail untuk menewaskan wakil Ducati, Andrea Dovizioso dengan perbezaan 0.198 saat sementara juara bertahan, Marc Marquez terpaksa akur dengan kedudukan ketiga. Jorge Lorenzo –…

ARRC: Azlan Shah Ungguli Kategori ASB1000

Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman daripada pasukan ONEXOX TKKR SAG berjaya mengungguli pusingan pertama Kejohanan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang selepas menjuarai kategori ASB1000 hari ini. Ini adalah kali pertama kategori ASB1000 dipertandingkan dalam saingan ARRC. Meskipun berdepan saingan sengit daripada pelumba Thailand, Thitipong Warakorn (Kawasaki Thailand Racing Team) namun ketenangan ditonjolkan Azlan…

ARRC: Adam Buru Gelaran Juara

Bekas pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin, mahu merebut gelaran juara dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 bagi kelas Supersports 600cc. Pelumba berusia 20 tahun itu yakin pengalaman dimiliknya ketika bersaing di Moto3 akan memainkan peranan penting dalam merebut podium bersama pasukan SIC Junior ZK Racing. Adam digugurkan hujung musim lalu daripada pasukan Moto3 Petronas…

GP Qatar 2019: Lorenzo Gesa Perlumbaan Dimulakan Lebih Awal

Valentino Rossi, Marc Marquez, Andrea Dovizioso dan Maverick Vinales menyokong cadangan disuarakan Jorge Lorenzo agar menganjak waktu perlumbaan satu jam lebih awal. Menurut laporan GPOne.com, perlumbaan dijadualkan bermula jam 8 malam (waktu tempatan) namun Lorenzo mencadangkan perlumbaan dimulakan lebih awal ekoran suhu litar jatuh mendadak sementara kadar kelembapan meningkat pada waktu itu sekaligus boleh menyebabkan…

RON97 Naik 3 Sen Bermula Tengah Malam

Harga minyak petrol bagi RON97 akan naik 3 sen kepada RM2.46 bermula tengah malam ini. Bagaimanapun, tiada perubahan terhadap harga bagi RON95 (RM2.08sen) dan diesel (RM2.18). Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa harga sebenar RON95 adalah RM2.16 diikuti diesel RM2.38 namun kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan harga minyak agar dapat mengurangkan beban rakyat Malaysia….

Rasai Kemampuan Sebenar Mitsubishi Triton Di Setia Alam!

  Mitsubishi Motors Malaysia menganjurkan Mitsubishi 4Sure Thrill Event bersama bekas juara dunia dua kali Rali Dakar, Hiroshi Masuoka dan pelumba negara Leona Chin di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam, yang akan bermula esok hingga Ahad. Acara tersebut membuka peluang kepada orang ramai untuk merasai sendiri kehebatan model terbaru Mitsubishi Triton sambil ditemani…