GP Qatar: Empat Pasukan Protes Penggunaan Alat Aerodinamik Oleh Ducati

Krediti foto: Twitter MotoGP

Pegawai perlumbaan mengesahkan kemenangan Andrea Dovizioso dalam aksi pembukaan MotoGP musim ini selepas menolak aduan mengenai penggunaan alat aerodinamik oleh Ducati.

Andrea Dovizioso muncul juara aksi pembukaan MotoGP di Qatar apabila berjaya mengetepikan cabaran wakil Honda, Marc Marquez denga hanya dibezakan 0.023 saat.

Kedua-dua pelumba bersaing sengit sepanjang 22 pusingan, dengan Marquez gagal membuat pecutan di selekoh terakhir tatkala jentera Dovizioso memiliki cengkaman lebih baik menuju ke garisan penamat.

Bagaimanapun, sebaik perlumbaan berakhir, empat pasukan lain telah membuat aduan kepada pegawai perlumbaan terhadap penggunaan ‘rear-tyre winglet’ oleh jentera Ducati milik Dovizioso.

Namun, rayuan tersebut ditolak Panel Pegawai FIM MotoGP serta-merta.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.