CFMoto Lancar ‘Mini Moto’ Papio X-O 1 – 9.5HP, 8.3Nm

Tidak dinafikan, nama CFMoto semakin kerap memenuhi dada berita antarabangsa dan tempatan terutamanya menerusi model 450SR, 700CL-X, 800MT dan terbaru 800NK.  Jenama motosikal dari China itu turut dilaporkan sedang giat membangunkan platform 1,000cc dengan konfigurasi V4 dalam usaha melahirkan jentera ‘sportsbike’ berkuasa tinggi.  Meskipun begitu, CFMoto tidak mengetepikan segmen ‘mini-moto’ yang ketika ini popular dengan…

Proton Sahkan Tak Semua Pengedar Dibenarkan Jual X90

Proton terus memperkembangkan barisan model X untuk pasaran tempatan dengan memperkenalkan Proton X90.  Proton X90 merupakan model ketiga selepas X70 dan X50 yang akan dipasarkan di Malaysia dengan imej premium.  Bagi memastikan rangkaian pengedar juga bergerak seiring dengan imej Proton sebagai pengeluar kereta premium, rata-rata pusat pengedar berstatus 1S telah pun dinaik taraf kepada 3S…

Selepas Brutale, Giliran MV Agusta F3 RC Tiba Di Malaysia

Sebelum ini kami telah pun melaporkan bahawa jenama motosikal mewah Itali, MV Agusta, bakal menembusi pasaran Malaysia menerusi pengedar baharu, AFY Mobility Sdn Bhd (AMI).  Menariknya, bukan sekadar mengedar malah beberapa model akan turut dipasang sepenuhnya di Malaysia.  Mac lalu, Pengerusi Kumpulan Eksekutif AMI, Ahmad Faez Bin Tan Sri Yahaya telah pun berkongsi beberapa gambar…

MotoGP: RNF Tuntut Hukuman Lebih Berat

Pasukan CryptoData RNF Aprilia memulakan aksi pembukaan Kejuaraan Dunia MotoGP dengan langkah kiri selepas kedua-dua pelumba, Raul Fernandez dan Miguel Oliveira gagal menamatkan perlumbaan.  Oliveira kemalangan ketika berada di kelompok depan setelah dirempuh Marc Marquez di Turn 3 sekaligus memaksanya bersara di awal perlumbaan.  Pelumba Portugal itu juga disahkan akan terlepas aksi GP Argentina setelah…

‘Top Speed’ Kawasaki Ninja ZX-4RR Cecah 253KM/J

Kawasaki mendedahkan Ninja ZX-4RR secara rasmi di Amerika Syarikat pada Februari lalu sebelum motosikal tersebut mula buat penampilan di Thailand dan Indonesia.  Indonesia merupakan pasaran paling meriah bagi Kawasaki terutamanya sejak memperkenalkan Ninja ZX-25R tiga tahun lalu.  Bagi meraikan ketibaan Kawasaki Ninja ZX-4RR di pasaran negara itu, Kawasaki Indonesia telah memuat naik beberapa video promosi…

Rupa Jelas Proton X90 Didedahkan – 4 Varian, 190PS

Proton dengan rasminya mendedahkan rupa jelas model serba baharu, Proton X90.  Proton dalam satu kenyataan mendedahkan model tersebut telah pun ditayangkan kepada beberapa media tempatan di studio rekaan di Shah Alam.  Untuk rekod, Proton X90 merupakan model ketiga bagi keluarga X Proton selepas X50 dan X70. Dipasang sepenuhnya di kilang Proton di Tanjung Malim, Proton…

Martin Tak Puas Hati Tiada Hukuman Berat Untuk Marquez

Pusingan pertama Kejuaraan Dunia MotoGP 2023 telah pun berlangsung hujung minggu lalu yang menyaksikan Francesco Bagnaia bermula dengan langkah kanan dalam usaha mempertahankan kejuaraan musim lalu.  Meskipun begitu, perlumbaan tersebut dicemari insiden kemalangan membabitkan juara dunia lapan kali, Marc Marquez dan Miguel Oliveira.  Kesilapan Marquez di Turn 3 menyebabkan dia merempuh Oliveira sebelum kedua-duanya terbabas…

CFMoto 800NK Dijangka Masuk Malaysia Awal 2024

Baru-baru ini, CFMoto telah pun membuka pra-tempahan bagi model serba baharu, 800NK untuk pasaran Eropah.  Berdasarkan maklumat dikongsikan CFMoto, terdapat dua varian yang akan ditawarkan, 800NK dan 800NK High End. Untuk rekod, versi ‘High End’ bukan sahaja datang dengan warna berbeza malah turut dilengkapi ciri ‘keyless’, quickshifter, handlebar jenis aloi aluminium dan panel meter 8-inci…

Kawasaki Ninja ZX-4RR Masuk Pasaran Indonesia – Hanya 40 Unit, RM70k

Indonesia menjadi negara kedua Asia Tenggara untuk menyambut ketibaan model ‘sportsbike’ terbaru Kawasaki, Ninja ZX-4R, selepas Thailand.  Menurut laporan, hanya varian tertinggi, Ninja ZX-4RR dijual di pasaran negara itu dengan harga jualan rasmi INR239.9 juta (RM70k). Sementara itu, hanya 40 unit sahaja diperkenalkan.  Bagaimanapun, tanda harga tersebut pastinya mencuri tumpuan ekoran dua kali ganda lebih…