Akaun Facebook, Ministry of Superbike Singapore telah memuat naik gambar yang memaparkan peringatan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengenai kemasukan helmet yang tidak mengikut piawaian ditetapkan. Selain daripada penggunaan Bahasa Inggeris yang tidak teratur, sepanduk tersebut turut mencetuskan pelbagai tanda-tanda susulan maklumat yang cuba disampaikan kurang jelas dan mampu mencetuskan kekeliruan terutamanya bagi penunggang motosikal….
Author: Amirul Azreen
Mei lalu, netizen telah berkongsikan beberapa gambar yang memaparkan seorang warga Singapura telah bertindak menukar nombor plat kenderaan di sebuah stesen minyak yang terletak di Lebuhraya LinKedua Gelang Patah, Johor Bahru. Tindakannya itu mencetuskan kemarahan orang ramai dengan rata-rata menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan. Semalam, tertuduh, Tan Hock Lai, telah dijatuhkan hukuman denda RM8,000 oleh…
Oktober tahun lalu, media automotif pernah berkongsikan beberapa gambar ‘render’ yang memaparkan sebuah jentera pikap keluaran BMW. Bagaimanapun, model itu kini direalisasikan apabila pengeluar kereta mewah Jerman itu memperkenalkan model konsep, BMW X7 Pickup. Model ini diperkenalkan pada BMW Motorrad Days (yang berlangsung kelmarin) sebagai projek yang pertama dan terakhir oleh pelatih vokasional BMW dengan…
Susulan kejadian lantai bas berlubang yang meragut nyawa adik Wan Mohammed Adam Mohd Suria, pihak PUSPAKOM memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyampaikan butiran pemeriksaan penuh bas tersebut. PUSPAKOM yakin laporan tersebut dapat membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan yang lebih mendalam. Pada masa sama, PUSPAKOM turut akan bersama-sama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)…
Seorang penunggang motosikal berkongsi pengalaman hampir putus jari ketika menunggang motosikal Jalan Greenwood, Gombak, baru-baru ini. Menurut perkongsian di akaun Facebook Mohamad Syazwan, dia berdepan detik cemas apabila ada invididu tidak bertanggungjawab telah mengikat tali merentasi jalan raya daripada simpang empat Jalan Greenwood menuju ke Lebuhraya Duke. Mangsa turut memuat naik beberapa gambar yang memaparkan…
Pelumba legenda, Giacomo Agostini percaya Valentino Rossi tidak lagi setanding pesaing lain dalam siangan MotoGP namun berasakan pelumba Yamaha itu harus dipuji kerana masih menikmati kariernya di atas litar. Agostino merangkul 15 kejuaraan Gran Prix di antara tahun 1966 hingga 1975 dengan lapand daripadanya hadir menerusi kelas 500cc. Menurut temu bual dengan akhbar Quotidiano Nazionale,…
Pelumba Ducati MotoGP, Andrea Dovizioso menafikan dakwaan bahawa dia penunggang yang tidak agresif selepas menduduki tempat keempat minggu lalu di Assen. Bermula di petak ke-11, Dovioso berjaya naik ke kedudukan keempat di awal perlumbaan sebelum kembali ketinggalan. Bagaimanapun, di penghujung perlumbaan Dovizioso berjaya memintas rakan sepasukan, Danilo Petrucci untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat, namun…
Pengurus pasukan KTM Tech 3, Herve Poncharal mengharapkan jentera Hafizh Syahrin turun sama menggunakan swingarm gentian karbon seperti rakan sepasukan, Miguel Oliviera. Meskipun Hafizh tidak mendapat kemas kini terbaru itu ketika di Assen, dia masih mampu menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15, dua di belakang Oliviera. Assen merupakan kali kedua Hafizh berjaya mengutip mata setelah bergelut…
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meluahkan rasa bimbang terhadap pelambakan alat ganti tiruan yang terdapat dalam pasaran ketika ini. “Kami sedar bahawa terdapat banyak alat ganti tiruan menggunakan logo Perodua ketika ini dan ada sebahagian daripadanya sukar untuk dibezakan dengan alat ganti tulen antaranya, minyak pelinciri, penapis minyak, penyerap hentakan dan pad brek. Senario…