Tiada Perlumbaan Motosikal Di Pikes Peak 2020

Susulan kematian juara empat kali Pikes Peak International Hill Climb (PPIHC), Carlin Dunne, tahun ini, lembaga pengarah kejohanan tersebut membuat keputusan bahawa tiada kategori motosikal ditawarkan bagi tahun depan. Carlin Dunne mengalami kemalangan maut 400 meter daripada garisan penamat ketika menunggang jentera prototaip Ducati Streetfighter V4. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, lembaga pengarah PPIHC berkata,…

Gabit Teruskan Dominasi Rimba Raid, Jeremias Gagal Tamatkan Perlumbaan

  Pelumba off-road negara, Gabit, berjaya memastikan kejuaraan GIVI Rimba Raid kekal di Malaysia selepas berjaya menjuarai kategori Kelas A di Rimba Valley Motocamp, Janda Baik, semalam. Kelas A menyaksikan 85 pelumba memulakan saingan bagi merebut status Raja Off-Road dengan pelumba negara, Muhamad Habibullah Mohd Saleh (Gabit) dan pelumba Rali Dakar, Jeremias Israel paling mencuri…

Razlan Mahu Quartararo Dan Morbidelli Beraksi Di Sepang 8 Hours

Pelumba MotoGP, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli dikhabarkan akan beraksi di Sepang 8 Hours hujung tahun ini. Menurut laporan Crash.net, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Dato’ Razlan Razali mahu menyaksikan kedua pelumba pasukan Petronas Yamaha itu beraksi dalam pertandingan sulung yang akan berlangsung pada 14 Disember ini. “Kami di SIC mahu menyaksikan…

MV Augusta Bangunkan Jentera 350-500cc Dengan Loncin Motor

Kebelakangan ini, beberapa pengeluar motosikal premium telah memeterai perjanjian dengan pengeluar motosikal Asia bagi membangunkan jentera bersaiz sederhana. Harley-Davidson telah menjalinkan kerjasama dengan Qianjiang Motorcycle sementara Triumph bersama Bajaj. Kini, MV Augusta bakal mengikut jejak tersebut setelah mengumumkan mereka bakal bekerjasama dengan pengeluar motosikal China, Loncin Motor. MV Augusta turut menjelaskan bahawa tidak kurang daripada…

Pemenang Bulan Jun Diumumkan, Tiga Lagi Yamaha Y15ZR Menanti

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) meraikan pemenang bulan Jun untuk peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza. Ahmad Shafiq Sharifudin, 23 tahun merupakan pemenang bertuah bagi bulan Jun dan membawa pulang sebuah jentera Yamaha Y15ZR. Motosikal tersebut telah diserahkan oleh Ketua Peruncitan PLMM, Mohd Bahrin Mohd Yunus di PETRONAS Tanah Liat. Shafiq – yang bertugas sebagai pelatih kesihatan…

Mazda Bakal Kembali Dengan Enjin ‘Rotary’ Versi Baharu?

Senario penuh misteri berlaku di litar Nurburging, Jerman apabila kelibat dua kereta jenis Mazda RX-8 kelihatan menjalani sesi ujian baru-baru ini. Tahun 2012 merupakan tahun akhir bagi model RX-8 – yang menggunakan enjin ‘rotary’. Sejak daripada itu, Mazda kekal berdiam diri dengan perkembangan enjin ikonik tersebut. Bagaimanapun, berdasarkan paten yang didedahkan awal tahun ini mendapati…

MICHELIN Pilot Sport 4 SUV, ‘Kasut’ Khas Untuk SUV Premium

Pengeluar tayar nombor satu dunia, MICHELIN memperkenalkan MICHELIN Pilot Sport 4 SUV bagi memenuhi kehendak jentera SUV premium di negara ini. Produk terbaru keluaran MICHELIN ini dijamin lebih tahan lama dan tahan lasak serta memiliki kemampuan membrek lebih tinggi sekaligus memastikan pemanduan selesa. Pengarah Urusan MICHELIN Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, Pascal Nouvellon berkata MICHELIN…

Triumph Daytona 2020 Akan Diperkenalkan Di GP Britain

Selepas berapa lama menanti, akhirnya Triumph menyampaikan berita gembira apabila mengumumkan bakal melancarkan Triumph Daytona 2020 di GP Britain, 23 Ogos ini. Diberi nama ‘Triumph Daytona Moto2 765 Limited Edition’, model edisi terhad ini mendapat inspirasi daripada jentera Moto2. Bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan kecil di antara model yang akan dipasarkan dengan jentera Moto2 namun ketika…

Toyota Gazoo Racing Kembali Dengan Musim Ke-3!

UMW Toyota Motor Sdn Bhd mengumumkan Festival Toyota Gazoo Racing Musim ke-3 yang akan membuka tirai September ini. Musim baru ini kini melibatkan empat pusingan yang merangkumi lapan Toyota Vios Challenge One Make Races yang akan berlangsung di jalan raya dibina khas dan di Litar Antarabangsa Sepang. Tiga kelas perlumbaan dipertandingkan seperti edisi sebelum ini: Promotional…