MotoGP: Vierge Bakal Diangkat Ke Kelas Premier, Damok Ke Petronas Sprinta Racing Musim Depan?

Pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT) menjadi topik perbualan ketika ini ekoran status Valentino Rossi dan Franco Morbidelli masih belum dipastikan menjelang musim 2022. Selain isu persaraan, Rossi turut dicanang untuk sertai pasukan miliknya Aramco Racing Team VR46 musim depan manakala Morbidelli dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan factory Yamaha bagi menggantikan Maverick Vinales. Walaupun tiada…

Bengkel Motosikal Tidak Beroperasi Tiga Bulan, Pemilik Ditemui Maut Tergantung

Seorang lelaki berusia 60 tahun telah ditemui tergantung dalam sebauah bengkel motosikal dalam satu kejadian di Bagan Serai, Perak, semalam. Mangsa, Tan Hock Meng ditemui isterinya setelah tidak pulang ke rumah di Taman Sinar. Menurut laporan, mangsa merancang untuk menjual bengkel motosikal tersebut kepada seorang pembeli minggu ini pada harga RM10,000 setelah perniagaan tersebut tidak…

BMW M 1000 RR Masuk Malaysia Lewat 2021 – Harga Jangkaan RM290k

Hampir setahun selepas BMW memperkenalkan M 1000 RR untuk pasaran global, jentera superbike itu akhirnya akan memasuki pasaran Malaysia. Berdasarkan info yang diperolehi, tempahan bagi M 1000 RR itu telah pun dibuka dengan hanya beberapa unit sahaja yang akan dipasarkan disini. Pada masa sama, kami dimaklumkan model tersebut akan ditawarkan sekitar RM290 ribu dan akan…

SPY SHOT: Bajaj Dominar Versi Touring Bakal Dilancarkan?

Bajaj dilaporkan akan memperkenalkan Dominar 400 versi touring berdasarkan beberapa gambar yang telah didedahkan. Akaun Instagram iamabkerdotcom telah memuat naik beberapa gambar diambil dari kilang Bajaj di Pune yang didakwa merujuk kepada Dominar varian touring. Berdasarkan imej dikongsikan, Dominar 400 tersebut tampil dengan penghadang angin lebih tinggi serta handguard. Bagaimanapun, jika dakwaan ini benar maka…

Zongshen-Aprilia Lancar GPR250R – 27.6HP, 21.5Nm

Zongshen-Aprilia telah pun melancarkan GPR250R di Xi’an Auto Expo, China, baru-baru ini. Zongshen merupakan pengeluar motosikal di China yang bertanggungjawab memasarkan dan memasang jentera Aprilia di negara itu. Bagi tahun 2021, GPR250R telah dikemaskini dengan rekaan baharu selaras dengan model Aprilia sedia ada. GPR250R kini tampil dengan rekaan agresif di bahagian depan menerusi tiga lampu…

Benda Lancar LFS 700 Di China – 680cc, 92.5HP

Baru-baru ini, pengeluar motosikal China, Benda, mencuri tumpuan apabila melancarkan model terbaru, LFC 700. LFC 700 merupakan motosikal segmen sport cruiser yang tampil dengan dua varian, dengan standard menawarkan 84.5hp pada 10,000 rpm manakala model premium (High Power) hadir dengan 92.5hp pada 11,000rpm. Menariknya, Benda turut memperkenalkan LFS 700, sebuah motosikal segmen naked yang juga…

Jadual Baharu Dedah Sepang Anjur MotoGP Pada Oktober, GP Australia Dibatalkan

FIM dan Dorna Sport telah mengemaskini jadual penganjuran 2021 MotoGP dan menyaksikan GP Australia dibatalkan. Pada masa sama, GP Argentina yang ketika ini ditunda dijangka akan turut dibatalkan. Sementara itu, pembatalan GP Australia menyaksikan Thailand bakal menerima kunjungan MotoGP pada 17 Oktober diikuti Malaysia pada 22 higga 24 Oktober, seminggu lebih awal daripada dijadualkan sebelum…

Aprilia Bakal Umum Panggilan Semula 700 Unit RS660 Dan Tuono 660 Seluruh Dunia

Baru-baru ini, Aprilia telah melaksanakan panggilan semula beberapa model RS660 dan Tuono 660 di Amerika Syarikat. Panggilan semula itu dibuat susulan terdapat kes telah dikemukakan kepada pihak berkuasa keselamatan trafik AS, National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), di mana ‘connecting rod/conrod’ pada model RS660 telah patah meskipun baru merekodkan 2,300 kilometer. Bagaimanapun, dalam perkembangan terkini,…

Paten Dedah Honda Bangunkan CRF1100L Africa Twin Versi Turbo

Honda CRF1100L Africa Twin bakal dapat suntikan turbo berdasarkan paten terbaru difailkan pengeluar motosikal Jepun itu. Africa Twin merupakan motosikal segmen adventure dengan enjin silinder berkembar 1,083cc yang menawarkan 98hp pada 7,500rpm dan 103Nm pada 6,000rpm. Namun jika dibandingkan dengan pesaing lain dalam segmennya, BMW R 120 GS dan Ducati Multistrada V4 menawarkan kuasa yang…