Ini Rupa Sebenar Yamaha MT-10 2022 Akan Datang?

Baru-baru ini Yamaha dikhabarkan bakal memperkenalkan MT-10 generasi terbaru yang akan dinaik taraf dengan reka bentuk dan ciri terbaru bagi tahun 2022. Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, terdapat sebuah foto telah bocor di ruang internet yang didakwa sebagai Yamaha MT-10 2022 yang bakal dilancarkan. Meskipun tiada pengesahan setakat ini namun berdasarkan gambar tersebut jelas naik taraf…

Nama YZF-R9 Difailkan Di India, Sahkan Kemunculan MT-09 Versi ‘Fairing’?

Beberapa minggu selepas pelancaran global YZF-R7, Yamaha telah pun failkan tanda dagangan R1 hingga R9 termasuk R15, R250 dan R25 di Jepun. Pengeluar motosikal Jepun itu kemudian memfailkan dokumen dengan nama R2, R7 dan R9 di Eropah, Australia, New Zealand, Great Britain, Switzerland serta Uruguay. Dalam perkembangan terbaru, Yamaha turut memfailkan tanda dagangan YZF-R9 di…

Tempahan Dibuka Untuk ‘King’ Generasi Ketiga – Dari RM45,700

Perodua telah pun membuka tempahan bagi Perodua Myvi generasi ketiga yang telah ditambah baik dengan teknologi dan ciri keselamatan terkini. Menurut Perodua, Myvi baharu itu akan datang dengan varian 1.5L AV, 1.5L H dan 1.5L X dan dua varian 1.3L G dengan kesemua daripadanya didatangkan dengan hanya transmisi automatik. “Penambahbaikan ini mewakili usaha kami dalam…

“Tak Wajar Diskriminasi Penunggang Basikal Hanya Sebab Tak Bayar Cukai Jalan”

Demikian kenyataan dikeluarkan Pengarah Akademik di Advanec Tertiary College (ATC), Daniel Abishegam terhadap pihak yang mendakwa penunggang basikal tidak layak menggunakan jalan raya kerana tidak membayar cukai jalan. Bagi Abishegam, kenyataan tersebut adalah satu diskriminasi terhadap penunggang basikal di Malaysia. “Kenyataan itu tidak boleh digunakan sama sekali. Ini umpama, jika kamu tidak bayar cukai pendapatan,…

Moto3: Binder Dihalau Leopard Racing Ketika Cuba Mohon Maaf Langgar Foggia

Kejuaraan Dunia Moto3 yang berlangsung di Portimao menyaksikan pelumba KTM Ajo Pedro Acosta muncul juara dunia setelah memenangi GP Algarve. Acosta muncul pelumba pertama dalam sejarah Moto3 yang berjaya merangkul kejuaraan dalam musim pertamanya. Kejayaan tersebut tiba selepas pencabar terdekat, Dennis Foggia gagal menamatkan perlumbaan ekoran kemalangan. Ketika mendahului perlumbaan memasuki lap terakhir sebelum dipintas…

RASMI: CFMOTO Pertaruh Artigas-Tatay Di Moto3 2022

Pengeluar motosikal China, CFMOTO telah pun mengesahkan gandingan Xavier Artigas dan Carlos Tatay sebagai pembawa cabaran pasukan baharu itu di Moto3 bermula musim 2022. Artigas dan Tatay merupakan pelumba kelahiran Sepanyol dengan masing-masing baru berusia 18 tahun. Meskipun masih muda namun kedua-dua pelumba itu memiliki pengalaman luas di pentas kejuaraan dunia sebelum ini. CFMOTO bakal…

Ducati Malaysia Raikan Pemilik Pertama Panigale V4 SP 2021 – RM279,900

Ducati Panigale V4 SP telah pun mendarat di Malaysia dan selamat diserahkan kepada pemilik pertama, hari ini. Perkara itu diumumkan menerusi saluran media sosial Ducati Malaysia yang turut diraikan bersama pemilik pertama, Afiq Azhar. Turut bersama-sama sewaktu sesi penyerahan model edisi terhad itu adalah Pengurus Besar Ducati Malaysia, Dennis Michael dan Pengarah Ducati Penang, Kheoh…

Yamaha XSR900 2022 Dilancarkan – Kerangka Deltabox Baharu, 117HP

Yamaha telah melancarkan XSR900 generasi baharu yang tampil dengan gaya neo-retro yang telah dipertingkat bagi tahun 2022. Selain daripada mengukuhkan status XSR900 sebagai jentera retro-klasik dengan pengayaan moden, model terbaru ini juga dibangunkan dengan kerangka aliminium Deltabox serba baharu. Hasilnya, XSR900 2022 ini tampil lebih segar dan minimalis sekaligus membenarkan pelanggan membuat pengubahsuaian sendiri mengikut…

Spesifikasi Aprilia Tuareg 660 2022 Diumumkan – 80HP, 70Nm

Aprilia akhirnya mengumumkan info terperinci mengenai motosikal ‘adventure’ terbaru, Aprilia Tuareg 660. Tuareg 660 ini dibangunkan dengan platform sama terdapat pada Aprilia RS 660 dan Tuono 660. Bagaimanapun, enjin 660cc parallel-twin DOHC dengan penyejukan cecair tersebut telah ditala semula dan hasilnya menawarkan 80hp dan 70Nm. Meskipun menghasilkan kuasa lebih rendah berbanding RS 660 (100hp) dan…