“Tak Wajar Diskriminasi Penunggang Basikal Hanya Sebab Tak Bayar Cukai Jalan”

Advertisements

Demikian kenyataan dikeluarkan Pengarah Akademik di Advanec Tertiary College (ATC), Daniel Abishegam terhadap pihak yang mendakwa penunggang basikal tidak layak menggunakan jalan raya kerana tidak membayar cukai jalan.

Bagi Abishegam, kenyataan tersebut adalah satu diskriminasi terhadap penunggang basikal di Malaysia.

“Kenyataan itu tidak boleh digunakan sama sekali. Ini umpama, jika kamu tidak bayar cukai pendapatan, kamu tidak boleh menggunakan perkhidmatan hospital kerajaan,” katanya.

Bagaimanapun, Abishegam menegaskan penunggang basikal masih lagi terikat dengan peraturan jalan raya termasuk Seskyen 54 (1), 42, 43 dan 44 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

Pada masa sama, dia turut menjelaskan buat masa ini tiada undang-undang yang menyekat penunggang basikal memasuki lebuh raya.

“Tiada peraturan yang mengatakan orang awam tidak boleh berbasikal di lebuh raya tetapi pada sesetengah lebuh raya, terdapat papan tanda yang menunjukkan larangan aktiviti tersebut.

“Maka mengikut Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987, orang awam perlu mematuhi peraturan tersebut,” tambahnya. – FMT

Advertisements