Ini Rupa Sebenar Yamaha MT-10 2022 Akan Datang?

Baru-baru ini Yamaha dikhabarkan bakal memperkenalkan MT-10 generasi terbaru yang akan dinaik taraf dengan reka bentuk dan ciri terbaru bagi tahun 2022.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, terdapat sebuah foto telah bocor di ruang internet yang didakwa sebagai Yamaha MT-10 2022 yang bakal dilancarkan.

Meskipun tiada pengesahan setakat ini namun berdasarkan gambar tersebut jelas naik taraf utama dijalankan terarah di bahagian enjin tatkala tidak banyak perubahan dilaksanakan pada bahagian rekaan keseluruhan jentera.

Selain daripada enjin yang dijangka mencapai standard Euro5, model tersebut turut memaparkan konfigurasi ekzos berbeza.

Berdasarkan pandangan kasar, tidak banyak penambahbaikan dilakukan namun dijangkakan Yamaha bakal menaik taraf aspek elektronik MT-10 memasuki tahun 2022.

Apa yang pasti, Yamaha bakal mengemas kini model MT-10 setelah MT-07 dan MT-09 serba baharu telah pun dilancarkan hujung tahun lalu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.