HLYM Lancar Yamaha Ego Gear Baharu – RM5,418

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah pun melancarkan skuter utiliti terbaru menerusi Yamaha Ego Gear yang boleh didapati dengan harga RM5,419.62 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Menurut HLYM, Yamaha Ego Gear menawarkan tunggangan yang senyap dan lancar hasil penggunaan enjin 125cc BlueCore dengan teknologi Smart Motor Generator (SMG). Yamaha Ego Gear itu juga menawarkan…

Shell Malaysia Tawar Baucar RM5 Bagi Kutipan 200 Mata BonusLink

Sempena kebenaran rentas negeri yang diumumkan kerajaan, Shell Malaysia kini menawarkan baucar RM5 bagi kutipan 200 mata BonusLink yang dikutip di setiap stesen minyak Shell seluruh negara. Ganjaran menarik itu ditawarkan sekali sahaja kepada setiap pengguna jalan raya dari November hingga Disember 2021 bersempena kempen ‘Every Little Point Counts’. Pelanggan hanya perlu membuat sebarang transaksi…

Dah Ada Yang Tempah Ducati Multistrada V4 Pikes Peak 2022 Di Malaysia

Ducati baru sahaja memperkenalkan Ducati Multistrada V4 Pikes Peak menerusi episod tiga Ducati World Premier 2022 beberapa minggu lalu. Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, difahamkan sudah ada beberapa pihak yang membuat tempahan di Ducati Malaysia meskipun masih belum ada tarikh pelancaran model itu di sini. Bukan itu sahaja, berdasarkan jarak pelancaran global dan tempatan Ducati Multistrada…

Kawasaki Versys 650 2022 Bakal Dilancarkan – Rekaan Baharu, Skrin TFT

Kawasaki Versys 650 merupakan motosikal ‘sport-tourer’ paling popular sejak diperkenalkan pada 2007 dengan generasi pertama berjalan sehingga 2014. Pengeluar motosikal Jepun itu kemudian mengemaskini Versys 650 untuk tahun 2015 dan mengekalkan sebahagian besar reka bentuk dan spesifikasi sehingga kini. Bagaimanapun, perkembangan terbaru mendedahkan Versys 650 itu bakal dinaik taraf secara besar-besaran untuk tahun 2022 sepertimana…

RASMI: Harga Yamaha MT-09 2021 Diumumkan – RM54,998

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akhirnya mendeahkan generasi baharu MT-09 setahun selepas model itu diperkenalkan secara global tahun lalu. Jika dibandingkan dengan generasi kedua MT-09, generasi ketiga ini jelas tampil dengan rekaan serba baharu bagi tahun 2021. Yamaha MT-09 2021 kini didatangkan dengan enjin (lebih besar berbanding model sebelumnya) tiga silinder 890cc yang kini menjana…

Benelli Kongsi ‘Teaser’ TRK 800 Menjelang EICMA 2021

Benelli telah pun berkongsi ‘teaser’ TRK 800 serba baharu menjelang EICMA 2021 yang akan berlangsung di Milan, Itali, bulan ini. TRK 800 tampil dengan enjin lebih besar dan berkuasa dalam usaha meneruskan kecemerlangan model TRK 502 sebelum ini telah mendominasi pasaran di Itali bagi tahun 2021. Kemunculan TRK 800 sememangnya sudah dijangka apabila pemilik syarikat,…

Hafiz Syahrin Ke WorldSBK 2022 Bersama MIE Racing Honda Team?

Hafizh Syahrin telah pun disahkan meninggalkan saingan Kejuaraan Dunia Moto2 musim depan selepas semusim bersama pasukan NTS RW Racing. Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, Hafizh dilaporkan bakal sertai Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) musim 2022 bersama pasukan MIE Racing Honda Team. Meskipun tiada pengesahan setakat ini namun, menurut laporan Two Wheels, kedua-dua belah telah pun mengadakan perbincangan…

Ducati Lakar Jualan Suku Ketiga Terbaik Dalam Sejarah – 49,694 Unit Dijual Setakat Ini

Ducati menamatkan suku ketiga 2021 dengan cemerlang apabila berjaya menyerahkan lebih 49,693 unit motosikal seluruh dunia. Lebih mengagumkan, angka jualan tersebut mengatasi jualan keseluruhan bagi tahun 2020 (48,042 unit). Menurut Ducati, Itali kekal sebagai pasaran terbesar dengan 7,954 unit diserahkan kepada pelanggan diikuti Amerika Syarikat (7,475 unit) dan Jerman (5,627 unit). Sementara itu, Ducati Multistrada…

RASMI: Yamaha MT-10 2022 Dilancarkan – Enjin Euro5, 164HP

Setelah berminggu spekulasi, akhirnya Yamaha melancarkan MT-10 2022 yang kini tampil dengan pelbagai naik taraf baharu. Bagi tahun 2022, Yamaha MT-10 kini menghasilkan 164hp, naik 6hp berbanding model terdahulu. Bukan itu sahaja, Yamaha juga mendakwa enjin terbaru ini lebih ringan hasil penggunaan piston jenis ‘forged aluminium’ dan conrod serta silinder baharu. Yamaha juga beralih kepada…