Benelli Kongsi ‘Teaser’ TRK 800 Menjelang EICMA 2021

Advertisements

Benelli telah pun berkongsi ‘teaser’ TRK 800 serba baharu menjelang EICMA 2021 yang akan berlangsung di Milan, Itali, bulan ini.

TRK 800 tampil dengan enjin lebih besar dan berkuasa dalam usaha meneruskan kecemerlangan model TRK 502 sebelum ini telah mendominasi pasaran di Itali bagi tahun 2021.

Kemunculan TRK 800 sememangnya sudah dijangka apabila pemilik syarikat, QJ Motor telah pun mendedahkan model ADV tersendiri yang mengguna pakai enjin sama pada Leoncino 800.

Bagaimanapun, Benelli membuat keputusan untuk menghasilkan rekaan tersendiri berdasarkan video ‘teaser’ yang dimuat naik ke laman sosial syarikat itu.

Sekiranya TRK 800 menggunakan enjin sama pada Leoncino 800 maka dijangka motosikal ADV terbaru itu akan menawarkan sekitar 80hp dan 67Nm, seangkatan dengan Moto Guzzi V85TT (80hp) dan Yamaha Tracer 7 GT (72.4hp).

Benelli dijangka mempersembahkan TRK 800 secara rasmi di EICMA pada 25 hingga 28 November ini.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.