Dah Ada Yang Tempah Ducati Multistrada V4 Pikes Peak 2022 Di Malaysia

Ducati baru sahaja memperkenalkan Ducati Multistrada V4 Pikes Peak menerusi episod tiga Ducati World Premier 2022 beberapa minggu lalu.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, difahamkan sudah ada beberapa pihak yang membuat tempahan di Ducati Malaysia meskipun masih belum ada tarikh pelancaran model itu di sini.

Bukan itu sahaja, berdasarkan jarak pelancaran global dan tempatan Ducati Multistrada V4 sebelum ini, pelanggan mungkin perlu menunggu hampir setahun sebelum ketibaan Multistrada V4 Pikes Peak tersebut.

Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa peminat jenama Ducati di Malaysia semakin kukuh saban tahun sehinggakan ada yang sanggup membuat tempahan walaupun harga dan tarikh pelancaran belum diketahui.

Ini juga mencerminkan tahap kepercayaan yang diberikan pada Ducati Malaysia dalam memenuhi kehendak pelanggan sebaik mungkin.

Maka tak hairanlah pihak Ducati Malaysia berjaya merangkul dua anugerah cemerlang (Best Marketing Team dan Best Commercial After Sales) di rantau Asia baru-baru ini.

Sementara itu, orang ramai boleh tinjau dengan lebih dekat Ducati Multistrada V4 dan V4 S yang telah pun dilancarkan di Malaysia dan ditawarkan pada harga RM136 ribu hingga RM147 ribu.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply