Seorang remaja perempuan telah menemui ajal setelah motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan basikal lalu terjatuh dan dirempuh sebuah kereta di KM198.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara, Bagan Serai, Perak, semalam. Nurul Izzah Abdul Wahab, 22, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sementara penunggang basikal alami patah kaki kanan. Menurut Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mazuki Mat,…
Author: Amirul Azreen
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sememangnya antara ahli politik yang merupakan peminat jentera dua roda. Beliau juga pernah dilihat menunggang motosikal jenis Honda X ADV 750 sebelum ini. Bercakap tentang isu pengharaman motosikal kapcai berprestasi tinggi yang menjadi bualan hangat kebelakangan ini, Zahid Hamidi berpendapat saranan itu hanya akan membawa kesan buruk kepada negara. Baginya,…
Januari lalu, Benelli telah pun memfailkan paten enjin terbaru yang merujuk kepada platform parallel-twin 799cc yang akan menggerakan model TNT akan datang. Rupa bentuk enjin tersebut juga tampak seiras dengan enjin KTM LC8. Dalam perkembangan terbaru, syarikat motosikal China, Qianjiang – yang juga pemilik kepada Benelli – telah memfailkan paten enjin kedua tahun ini yang…
Tindakan undang-undang hanya boleh diambil terhadap pengusaha stesen minyak dan bukan warga asing yang mengambil kesempatan mengisi petrol bersubsidi RON95 dalam negara. Perkara itu dimaklumkan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro. Sebaliknya, Mohd Hairul menggesa pengusaha stesen minyak di negeri ini lebih aktif dalam mencegah kenderaan…
Pemandu wanita yang sebelum ini dihadapkan ke mahkamah ekoran menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak telah dijatuhi hukuman penjara enam tahun bermula hari ini. Sam Ke Ting, 27, sebelum ini telah pun dibebaskan daripada tuduhan memandu secara melulu namun Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abu Bakar Katar memutuskan perkara itu setelah pihak pendakwaan berjaya memutuskan kes…
Harley-Davidson julung kalinya memperkenalkan motosikal ‘entry-level’ dengan sistem penyejuk air selepas kali terakhir melakukannya pada 65 tahun dulu. Mengembalikan semula nama Nightster, model baharu itu meneruskan DNA Harley-Davidson dengan penampilan klasik namun dilengkapi dengan beberapa ciri elektronik terkini. Namun, tumpuan utama terarah kepada bahagian enjin, yang menempatkan platform 975cc serba baharu yang dibangunkan daripada platform…
Yamaha telah pun melancarkan YZF-R15 V4 di India pada September tahun lalu di India. Pada pelancaran tersebut, Yamaha memperkenalkan dua varian, R15 (Standard) dan R15M yang merupakan varian terbaru bagi model itu. Tak lama kemudian, Yamaha R15 V4 itu turut dipasarkan di negara jiran, Indonesia sementara pengedar di Singapura membawa masuk model itu untuk pasaran…
Pemandu Bezza yang tular di media sosial dengan memandu lawan arus di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) petang semalam didapati telah membuat onar di rumah orang sebelum itu. Insiden tersebut telah berlaku di Taman Rambai Indah sekitar jam 11.30 pagi dan pihak polis mengesahkan kejadian tersebut dilakukan individu sama yang memandu lawan arus di SKVE….
Vespa dengan rasminya memperkenalkan skuter edisi terhad hasil kerjasama dengan selebriti terkenal, Justin Bieber. Jenama skuter Itali itu mengumumkan tahun lalu bahawa Bieber menjadi nama terbaru untuk berkerjasama dengan Vespa dalam menghasilkan sebuah skuter khas. Vespa sebelum ini turut pernah berkolaborasi dengan beberapa jenama dan personaliti terkenal antaranya, Giorgio Armani, Christian Dior dan Sean Wotherspoon….