Kerajaan Tambah 119 Tempat Berteduh Motosikal Di Lebuh Raya Seluruh Negara

Kerajaan akan membinba 119 tempat berteduh yang selamat untuk motosikal di lebuh raya seluruh negara. 

Usaha tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif Bitara Madani yang membabitkan 33 syarikat konsesi lebuh raya dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). 

Dalam pada itu, usaha tersebut juga disambut baik Ahli Bersekutu Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Tengku Ahmad Marwan Tengku Mahmud.

“Saya yakin KKR serta pihak konsesi lebuh raya akan membuat kajian terperinci tentang komponen penting yang perlu disediakan dan lokasi teduhan yang biasanya mempunyai bilangan pengguna motosikal lebih banyak berbanding lokasi lain,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Sebelum ini, pengumuman pembinaan 119 tempat berteduh yang selamat bagi motosikal itu telah pun diumumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. 

Selain dalah memastikan penunggang motosikal mempunyai tempat berteduh terutamanya ketika hujan lebat pembinaan tapak khas itu juga boleh melindungi penunggang motosikal daripada dirempuh kenderaan terutamanya yang berteduh di bawah jejambat. 

Difahamkan, 40 (daripada 119) tempat berteduh baharu akan siap tahun ini manakala selebihnya akan siap pada 2024. Pembinaan 119 tempat berteduh itu adalah tambahan daripada 353 tapak sedia ada. – BERNAMA

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]