Kawasaki Ninja ZX-25R SE Datang Dengan Warna Baharu Di Jepun

Kawasaki Jepun telah mengemas kini model 250cc popular, Ninja ZX-25R SE dengan pilihan warna baharu bagi tahun 2024. 

Selepas menjalani naik taraf signifikan pada 2023 yang menyaksikan ZX-25R hadir dengan suspensi, brek, skrin TFT dan lampu LED baharu, jentera 4-inline itu kini tampil dengan warna Metallic Phantom Silver x Ebony bagi keluaran 2024. 

Warna baharu itu bakal menyertai pilhan warna dan grafik Kawasaki Racing Team (KRT) sedia ada. 

Untuk rekod, Ninja ZX-25R ini dikuasakan enjin 249cc empat silinder yang berupaya menghasilkan 50hp pada 15,500rpm. Menariknya, enjin tersebut mampu rev sehingga 17,000rpm. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk fork Showa Separate Function Fork – Big Piston (SFF-BP) di bahagian depan, bi-directional quick shifter dengan fungsi auto blipper, traction control, mod kuasa, sistem Ram Air, lampu LED dan panel meter TFT 4.3”. 

Dalam pada itu, Ninja ZX-25R ini juga akan turut dipasarkan di Malaysia menerusi pengilang dan pengedar rasmi, Modenas. Ninja ZX-25R juga akan dijual dibawah jenama Modenas bagi pasaran tempatan dengan pelancaran dijadualkan berlangsung September ini. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]