Aprilia RS440 Dikesan Jalani Ujian Di India, Lancar Tak Lama Lagi

Aprilia bakal sertai segmen 400cc menerusi sportsbike Aprilia RS440 setelah motosikal tersebut dikesan menjalani ujian jalan raya di India baru-baru ini. 

Menariknya, berdasarkan gambar ‘spy shot’ yang dikongsikan, jelas RS440 itu mengguna pakai reka bentuk sama seperti RS660 sekaligus kekal tampak sporty dan agresif. Gambar tersebut juga menunjukkan RS440 menjalani ujian bersama-sama Moto Guzzi Stelvio generasi terbaru yang dibangunkan daripada platform sama dengan V100 Mandello. 

Kemunculan RS440 bukanlah satu kejutan kerana Piaggio Group telah pun mendedahkan pembangunan model itu awal tahun ini. Ini merupakan kali pertama RS440 membuat penampilan sulung sekaligus mengesahkan kehadiran model itu tidak lama lagi. 

Meskipun kelihatan seperti RS660 namun jelas terdapat perbezaan ketara antaranya penggunaan kaliper brek tunggal di bahagaian depan. 

Buat masa ini, tiada info terperinci diperolehi namun kami jangkakan RS440 ini akan membuat kemunculan rasmi tidak lama lagi. Kami jangkakan Aprilia RS440 ini akan membuat penampilan rasmi lewat tahun ini dengan EICMA 2023 berkemungkinan besar menjadi platform utama. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]