Program MyMAP Masuk Fasa 2 Dan 3, Penyertaan Dibuka Untuk Motosikal 250cc Ke Atas

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP) kini dibuka kepada pengeluar motosikal bagi model 250cc keatas dan melibatkan semua jenis kombinasi enjin dari ICE hingga elektrik. 

Menurut MIROS, pembukaan penyertaan kali ini membolehkan motosikal berkuasa tinggi (250cc ke atas) untuk mengetengahkan teknologi keselamatan. Setakat ini, MyMAP telah pun menganugerahkan penarafan lima bintang kepada sembilan model daripada pelbagai pengeluar. 

Penyertaan terbaru ini menandakan permulaan bagi Fasa 2 dan 3 dengan masing-masing melibatkan motosikal 250cc keatas dan semua jenis motosikal dengan kombinasi kuasa berbeza. 

Sebelum ini, Fasa 1 melibatkan penyertaan sukarela dan hanya terhad kepada motosikal 250cc ke bawah. 

“Kami telah menerima banyak permohonan daripada pengeluar motosikal yang berkuasa besar dan hibrid. Oleh itu, penyertaan bagi fasa ketiga dibuka lebih awal daripada jangkaan waktu yang sepatutnya.

“Dengan pembukaan fasa ini, diharapkan lebih banyak pengeluar menyertai MyMAP yang secara tidak langsung akan mendorong penembusan teknologi kepada model asas atau mampu milik,” jelas Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik, Zulhadi Jawi. 

Pengeluar motosikal yang berminat untuk sertai program penarafan MyMap boleh mengemukakan permohonan ke [email protected].

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply