MotoGP: Suzuki Hadiahkan Aleix Espargaro Jentera GSX-RR 2016

Pelumba Aprilia, Aleix Espargaro telah menerima hadiah berupa jentera Suzuki GSX-RR 2016 daripada Suzuki. 

GSX-RR 2016 itu merupakan jentera Suzuki yang ditunggang Espargaro ketika pengeluar motosikal Jepun itu membuat penampilaan semula di MotoGP pada tahun 2015. Suzuki juga merupakan pasukan pertama Espargaro dalam membuat aksi sulung di kelas premier MotoGP. 

Pada waktu itu, Espargaro dan Maverick Vinales merupakan pelumba utama pasukan Suzuki sebelum beralih Aprilia dan Yamaha dua tahun selepas itu. Vinales juga sempat menghadiahkan kemenangan pertama jentera GSX-RR di kelas MotoGP. 

Menurut Suzuki, GSX-RR itu sebelum ini telah diletakkan di ibu pejabat lama di Milan. 

Dalam pada itu, Espargaro meluahkan rasa teruja dengan hadiah tersebut. 

“Ini antara hadiah yang membuatkan saya berasa sangat teruja. Saya hampir mengeluarkan air mata. Ada yang kata menerima hadiah berupa jentera MotoGP adalah sesuatu yang mustahil tetapi saya mempunyai hubungan yang baik dengan mereka meskipun setelah berhijrah ke Aprilia,” jelas Espargaro. 

Suzuki tidak lagi berada di MotoGP selepas membuat kejutan meninggalkan kejuaraan itu pada hujung musim lalu. Vinales juga telah dipersatukan semula dengan Espargaro di Aprilia sejak penghujung 2021. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]