Pekerja di Lembah Klang Menghabiskan Masa 44 Jam Dalam Kesesakan Jalan Raya!

Pekerja di Lembah Klang yang harus memandu ke tempat kerja dianggarkan menghabiskan masa sekurang-kurangnya 44 jam sebulan sangkut dalam kesesakan jalan raya, menurut pensyarah UiTM Dr Ismaniza Ismail.

Beliau menganggarkan pekerja terpaksa meredah kesesakan selama satu hingga dua jam setiap hari dalam perjalanan mereka pergi dan pulang.

Ismaniza berkata walaupun waktu bekerja hanya lapan jam sehari, pekerja kerugian beberapa jam atas jalan raya.

Ini menyebabkan mereka bangun dan keluar sangat awal untuk elak daripada sangkut dalam kesesakan jalan raya.

Perkara ini bukan sahaja mengganggu kehidupan peribadi sesorang, tetapi ia juga menjejaskan kos produktiviti, dengan anggaran berdasarkan kadar bayaran RM7 sejam dan dua jam sehari didarab dengan 22 hari bekerja, hasilnya ialah RM308 nilai produktiviti terbazir setiap bulan.

Insmaniza turut berkata sentiasa sangkut dalam kesesakan jalan raya boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan fizikal, mental dan emosi seseorang, selain sakit belakang akibat duduk terlalu lama,

Pensyarah itu mengingatkan bahawa tekanan boleh menjejaskan emosi dan produktiviti pekerja, dan dengan itu boleh menjejaskan prestasi mereka di tempat kerja.

Beliau berpendapat perkhidmatan pengangkutan awam harus lebih efisyen, dan sehingga orang ramai boleh bergantung kepada pengangkutan awam sepenuhnya, aturan kerja fleksibel merupakan salah satu penyelsaian yang boleh diambil majikan bagi mengurangkan tekanan pekerja mereka akibat kesesakan jalan raya yang makin meningkat.

Dengan waktu bekerja yang fleksibel atau bekerja dari rumah, bukan sahaja tekanan pekerja akan berkurang, produktiviti mereka juga akan meningkat.

Kerajaan telah meluluskan pindaan kepada Akta Pekerjaan awal tahun ini yang akan berkuat kuasa pada 1 September yang menyatakan pekerja dibenarkan secara rasmi meminta pengaturan kerja yang fleksibel termasuk waktu bekerja, hari bekerja, dan juga lokasi kerja.

Bawah akta ini, majikan harus memberi jawapan bertulis dalam tempoh 60 hari dan mesti menyatakan alasan jika permohonan ditolak.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply