Remaja Mencuri EX5 Ditahan

Advertisements

Lima remaja lelaki berusia antara 14 hingga 16 telah ditahan setelah disyaki mendalangi kegiatan mencuri motosikal di sekitar daerah Ampang Jaya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mereka ditahan dalam lima serbuan berasingan di sekitar daerah Ampang Jaya bermula jam 6.30 petang hingga 11 malam Rabu lalu.

Susulan penahanan mereka, polis telah menemui semula lapan motosikal yang dilarikan mereka, sekali gus menyelesaikan lapan kes yang disyaki mempunyai kaitan dengan kegiatan kumpulan itu.

Siasatan polis mendapati motosikal Honda EX5 memang menjadi sasaran mereka.

“Semua motosikal terbabit dicuri untuk kegunaan harian dan mereka mempunyai kemahiran untuk menghidupkan motosikal dengan teknik penyambungan wayar,” kata Farouk dalam satu kenyataan.

Beliau juga berkata kesemua lima remaja terbabit yang masih bersekolah itu direman sehingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.