Berhenti Bagi Muka, Polis Seremban Keluarkan 17 Saman Di Jalan Temiang-Pantai

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Seremban telah menggerakan Operasi Halangan di Jalan Temiang-Pantai, bagi menangani isu pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan terbabit.

created by Polish

Menurut IPD Seremban, operasi terbabit dilaksanakan bagi menangani pengguna jalan raya yang gemar berhenti di lorong kecemasan di sepanjang laluan tersebut untuk tujuan bergambar dan sebagainya.

“Tindakan memberhentikan kenderaan di bahu jalan atau lorong kecemasan boleh diambil tindakan di bawah Kaedah 50 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu ‘Larangan Terhadap Halangan’.

“Ia juga berdasarkan Kaedah 53 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 iaitu ‘Lorong Kecemasan’ yang jelas tidak membenarkan mana-mana individu atau kenderaan berada di atas jalan yang boleh menghalang lalu lintas,” jelas IPD Seremban dalam satu kenyataan.

created by Polish

Pengguna jalan raya yang didapati melakukan kesalahan tersebut boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan sementara sabitan kedua boleh membawa sehingga RM4,000 dan penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Kebelakangan ini tular beberapa insiden yang tercetus daripada pengguna jalan raya yang gemar memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan jalan raya terbabit.

Terbaru, tular kejadian seorang penunggang motosikal cuba menghayun helmet ke arah kereta gara-gara berang di hon meskipun rakaman jelas menunjukkan lelaki terbabit berdiri di jalan raya. – IPD Seremban

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply