Terkandung Bahan Penyebab Kanser, Alpinestars Panggil Balik Sarung Tangan GP Plus

Pengeluar barangan ‘gear’ menunggang motosikal terkemuka, Alpinestars telah diarahkan untuk memanggil semula sarung tangan model GP Plus.

Panggilan semula itu dikeluarkan selepas disahkan terdapat bahan jenis ‘chromium’ (VI) dikesan yang boleh menyebabkan kanser.

Penerbitan terbaru oleh Kesatuan Eropah yang turut dilaporkan Federation of European Motorcylist’s Associations (FEMA) mengesahkan bahawa sarung tangan Alpinestars GP Plus mengandungi bahan kimia ‘Chromium (IV) yang boleh mencetuskan tindak balas alergi terhadap si pemakai dan seterusnya kanser.

Kesatuan Eropah mengarahkan Alpinestars untuk menarik balik kesemua model GP Plus daripada pasaran.

Difahamkan, kandungan Chromium (IV) pada sarung tangan GP Plus sekiranya terkena permukaan kulit si pemakai boleh menyebabkan ‘dermatitis’ dan ulser pada kulit sekiranya tidak dirawat.

Chromium merupakan sebatian yang terkenal kerana ketahanan di samping mampu menangani isu hakisan. Untuk itu, chromium digunakan dalam penghasilan besi terutamanya besi tahan karat.

Bagaimanapun, Chromium (IV) adalah bahan toksik dan sekiranya memasuki tubuh badan boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan hati termasuk sel darah marah.

Pada masa sama Chromium (IV) juga dikenal pasti sebagai ‘karsinogen’ dan jika dihidu boleh menyebabkan kanser paru-paru, hidung dan saluran pernafasan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]