Kerajaan Selangor Nak Guna Dron Pantau Jalan Berlubang

Sebagai usaha untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya di negeri Selangor, kerajaan negeri bercadang untuk menggunakan bantuan dron.

Dron tersebut – merupakan sebahagian daripada inisiatif Sistem Pengurusan Aset Jalan Raya Selangor (SRAMS) – telah dilengkapi dengan kamera 360-darjah bagi tujuan memantau dan mengenal pasti jalan rosak yang kemudiannya akan dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

Menurut Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari, SRAMS akan digabungkan bersama Intelligent Resposne Selangor (IRS) bagi membolehkan pengguna jalan raya membuat aduan jalan berlubang yang ditemui.

Tambah beliau, orang ramai juga boleh membuat laporan di media sosial menggunakan ‘hashtags’ tertentu yang akan dimaklumkan nanti.

Menariknya, sistem tersebut juga akan membenarkan laporan mengenai kerosakkan lampu dibuat.

Bagaimanapun, buat masa ni sistem tersebut hanya akan diterapkan pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor sebelum diluaskan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) pada pertengahan 2022.

Bagaimanapun, setakat ini belum dapat disahkan berapa pantas masa yang akan diambil JKR Selangor dalam menangani laporan jalan berlubang dan rosak sekiranya berjaya dikesan oleh dron yang telah digunakan.

Pada masa sama, adakah penggunaan dron berbanding pemantaun atas jalan raya oleh pihak berwajib lebih efektif dalam menangani masalah jalan raya di sekitar negeri Selangor?

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply