Yamaha RX-Z Untuk Dijual RM20,000, Berhasrat Bina Surau

Seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Bat Jacko mencuri tumpuan apabila memuat naik iklan menjual motosikal jenis Yamaha RX-Z.

Berdasarkan perkongsian tersebut minggu lalu, pemiliknya, Izrul Nizam berniat untuk melepaskan RX-Z Millenium kesayangan demi melunaskan hasrat untuk membina sebuah surau di Gopeng, Perak.

Surau berkenaan bakal dibina di sebuah pusat rekreasi milik penjelajah negara, Datuk Muhammad Muqharabbin Moktharrudin (Qobin) yang terletak di Sungai itik.

Motosikal keluaran tahun 2001 itu juga dikatakan datang dengan nombor plat menarik (tiga angka).

Menurut Izrul, dia mahu menggunakan keseluruhan wang jualan untuk pembinaan surau berkenaan.

Assalammualaikum Jualan untuk membina sebuah surau d gopeng Moto tahun 2001 Plat 3 angka Sambil membeli niat tuk…

Posted by Bat Jacko on Tuesday, 22 March 2022

Difahamkan, Izrul baru sahaja membeli Yamaha RX-Z itu tahun lalu pada harga RM15,500 dan telah pun membaik pulih motosikal untuk kembali seperti baharu.

Lebih menarik, Izrul mahu pembeli membuat pembayaran terus kepada tuan tanah bagi pembuatan surau dan hanya perlu berjumpa dengannya untuk urusan ambil motor dan tukar nama sahaja. – Mstar

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply