Honda Patenkan Teknologi Pandu Sendiri Motosikal Bagi Kurangkan Risiko Kemalangan

Honda sentiasa di depan dengan pelbagai teknologi canggih antaranya memperkenalkan teknologi Rider Assist dan Rider Assist E Concept yang membolehkan motosikal bergerak dan mengimbang dengan sendirinya.

Dalam perkembangan terbaru, pengeluar motosikal Jepun itu telah pun memfailkan paten baharu yang merujuk kepada teknologi pandu sendiri (self-steering).

Teknologi tersebut merupakan usaha terbaru Honda dalam meningkatkan tahap keselamatan motosikal terutamanya mengekal dari berlakunya kemalangan.

Berdasarkan paten itu, motosikal akan dimuatkan dengan beberapa ciri berikut:

  • actuator steering – berfungsi mengawal tayar depan.
  • actuator control unit – kawal actuator steering.
  • collision determination unit – menentukan sama ada motosikal terbabit kemalangan.
  • riding determination unit – mengesan sama ada terdapat penunggang sewaktu motosikal dioperasikan.

Menariknya, paten tersebut mendedahkan bahawa sekiranya penunggang tidak lagi berada di atas motosikal (atau terjatuh) selepas berlakunya kemalangan namun motosikal masih berada dalam keadaan bergerak, sistem itu akan mengambil alih pergerakan motosikal bagi mengelakan daripada berlakunya kemalangan lain.

Antara ciri lain yang akan disertakan bagi menjayakan teknologi baharu ini adalah sensor giro, kamera, dan radar.

Menurut laporan, sistem ini juga berupaya mengawal kelajuan dan arah pergerakan bagi mengelakan daripada melanggar objek pegun, kenderaan serta pejalan kaki.

Namun, teknologi tersebut akan menumbangkan motosikal secara selamat dengan handlebar berada dalam kedudukan lurus (bagi mengurangkan impak di bahagian lain sewaktu jatuh) sekiranya tiada risiko untuk melanggar objek lain di jalan raya.

Meskipun teknologi ini dilihat sebagai mengagumkan namun tiada pengesahan sama ada ia akan dibawa ke motosikal ‘production’ dalam masa terdekat. – Cycle World

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.