Akrapovic Lancar Ekzos Racing Line Baharu Untuk Yamaha Tracer 9 GT – RM6.2k

Belum sempat Yamaha Tracer 9 GT 2021 mendarat di Malaysia, Akrapovic telah pun melancarkan ekzos ‘full-system’ baharu untuk model tersebut.

Menurut Akrapovic, ekzos Racing Line jenis titanium dengan muncung gentian karbon itu mampu meningkatkan prestasi enjin serta menurunkan berat keseluruhan jentera.

Sistem ekzos ini juga didatangkan dengan catalyticc converter terbina sekaligus dibenarkan untuk pasaran Eropah.

Selain menampilkan rekaan yang lebih minimalis dan sporty, Akrapovic turut mendakwa ekzos ini mampu meningkatkan kuasa kuda kepada 2hp dan 1.3Nm.

Akrapovic Racing Line untuk Tracer 9 GT ini ditawarkan pada harga USD1,485 (RM6.2k).

Yamaha Tracer 9 GT 2021 telah pun dilancarkan secara global sekitar November tahun lalu bersama Tracer 9 standard dengan kedua-duanya didatangkan dengan enjin bersesaran 890cc menggantikan 847cc sebelum ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.