Proton Saga 1.5GL Black Knight 1989 Ini Menang Anugerah ‘Concours de l’Ordinaire’ Di UK

Sebuah Proton Saga berusia 32 tahun telah berjaya merangkul anugerah ‘Concours de l’Ordinair’di Festival Hagerty UK 2021.

Festival tersebut menyaksikan lebih 50 kereta klasik merebut anugerah kereta paling ‘biasa’ yang berlangsung di Grimsthorpe Castle terletak di Lincolnshire.

Menariknya, anugerah itu berjaya dimenangi sebuah Proton Saga 1.5GL Black Knight Edition milik Jon Coupland yang merupakan seorang pegawai polis.

Coupland membeli kereta tersebut pada 2019 dan sejak itu telah beberapa kali menyertai acara kereta klasik.

Menurut Coupland, Proton Saga itu hanya diletakkan dalam garaj sejak 1993 oleh pemilik asal dengan perbatuan serendah 6,000km sebelum dijual ke pemilik kedua yang telah memandunya lebih 16,000km.

Dihasilkan pada 1989, hanya 201 unit Proton Saga Black Knight Edition dipasarkan di United Kingdom.

Berdasarkan laporan, Proton Saga Black Knight milik Coupland merupakan satu-satunya model yang masih wujud di negara itu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.