Bajaj Auto Pengeluar Motosikal Paling Bernilai Di Dunia Dengan RM52.4 Bilion

Advertisements

Pengeluar motosikal India, Bajaj Auto telah dinamakan sebagai pengeluar motosikal paling bernilai di dunia dengan nilai lebih USD13.6 bilion (RM52.4 bilion).

Perkara itu didedahkan Pengarah Urusan Bajaj Auto, Rajiv Bajaj dalam satu kenyataan.

“Fokus syarikat dalam pasaran motosikal di samping komitmen terhadap strategi pelbagai telah menjadikan Bajaj sebagai pengeluar motosikal paling bernilai di dunia,” jelasnya.

Berpangkalan di Pune, India, Bajaj – yang juga pemilik KTM – berjaya menempatkan diri sebagai pemain utama di 70 pasaran motosikal dunia terutamanya di Asia dengan motosikal bersesaran kecil menjadi tarikan orang ramai.

Meskipun penjualan motosikal Bajaj di India diatasi Hero Motocorp namun dari aspek ‘value for money’, Bajaj Auto diangkat sebagai jenama paling berbaloi.

Pemilikan 47.97 peratus saham KTM AG – termasuk KTM, Husqvarna dan kini GASGAS – turut membantu dalam meningkatkan nilai Bajaj Auto di muka dunia.

Jenama Bajaj dijangka akan terus berkembang selepas termeterainya kerjasama dengan Triumph Motorcycles pada 2017 yang menyaksikan kilang di Pune menghasilkan motosikal Triumph bersesaran kecil untuk pasaran dunia termasuk di Asia Tenggara.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.