Proton Jual 11,411 Unit Pada November, Catat 18 Peratus Kenaikan

Dengan tahun 2020 semakin melabuhkan tirai, Proton terus mencatatkan peningkatan penjualan kukuh dengan 11,411 unit telah pun dijual pada November.

Angka itu menyaksikan peningkatan lebih 18 peratus berbanding bulan sama 2019 sekaligus menyumbang kepada 96,410 unit yang telah pun terjual setakat ini.

Menurut Proton, meskipun penjualan November turun sedikir berbanding Oktober namun terdapat peningkatan dalam penyerahan Proton X50.

Setakat ini, 1,756 unit telah pun diserahkan lantas menjadikan X50 model SUV B-segmen paling laris di Malaysia.

Sementara itu, lebih 2,157 unit turut terjual bagi Proton X70 sekaligus menjadikan Proton sebagai peneraju segmen SUV.

Berikut senarai penjualan model Proton pada November:

  • Saga – 4,279 unit
  • X70 – 2,157 unit
  • Persona – 1,942 unit
  • X50 – 1,756 unit
  • Exora – 629 unit
  • Iriz – 637 unit