Vespa GTS 300 HPE Super Tech Mendarat Di Malaysia – RM33,300!

Advertisements

Didi Resources Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia telah pun melancarkan GTS 300 HPE Super Tech.

Ini merupakan model GTS 300 paling berkuasa dan tercanggih dalam sejarah Vespa susulan mendapat suntikan GTS Super Tech yang merangkumi unit High Performance Engine (HPE) dan paparan TFT berwarna.

Dari aspek rekaan, rupa keseluruhan GTS 300 HPE Super Tech ini masih lagi tampil dengan elemen Vespa 300cc namun telah dipertingkat dengan gabungan warna hitam dengan kemasan berwarna kuning yang merupakan simbol Super Tech.

Bagaimanapun, tumpuan utama adalah penggunaan skrin TFT berwarna 4.3 inci yang menawarkan pelbagai info kepada penunggang antaranya kelajuan, perbatuan, suhu semasa, paras minyak.

Namun, apa yang mempertingkatkan lagi ciri TFT ini adalah keterhubungan telefon pintar Vespa MIA yang membolehkan skrin ini membaca mesej, menjawab panggilan telefons serta navigasi secara ‘pictogram’.

Menurut Vespa Malaysia, GTS 300 HPE Super Tech ini didatangkan dengan enjin (Euro4) 278cc satu silinder paling berkuasa, dengan 23.8hp pada 8,250rpm dan 26Nm pada 5,250rpm.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • rim 12″ dua tona
  • lampu LED penuh
  • ABS dwi-saluran (dual-channel)
  • Anti-Slip Regulation (ASR)

Orang ramai yang berminat boleh dapatkan Vespa GTS 300 HPE Super Tech ini pada harga RM33,300 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) dengan dua pilihan warna, Grey Avio dan Nero Vulcano.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.