Harga Rasmi Ducati Streetfighter V4 Diumumkan – Dari RM115,900!

Advertisements

Tahun lalu, kami berpeluang menghadiri Ducati World Premier 2020 (DWP2020) di Rimini, Itali bagi menyaksikan pelancaran sulung, Ducati Streetfighter V4 dan V4S serta Panigale V2.

Selang 10 bulan kemudian, Panigale V2 dilancarkan di Malaysia dan kini Ducati Streetfighter V4 turut mendarat dengan Ducati Malaysia turut membuka tempahan bagi jentera hyper naked tersebut.

Ducati Streetfigher V4 didatangkan dengan enjin 1,103cc Desmosedici Stradale V4 yang menghasilkan 208 hp – kurang 6 hp daripada Panigale V4 – pada 12,750rpm dan 123Nm pada 11,500rpm.

Pada masa samsa, Streetfighter V4 didatangkan dengan beberapa pakej elektronik:

  • ABS Cornering EVO
  • Ducati Traction Control (DTC) EVO 2
  • Ducati Slide Control (DSC)
  • Ducati Wheelie Control (DWC) EVO
  • Ducati Power Launch (DPL)
  • Ducati Quick Shift up/down (DQS) EVO 2
  • Engine Brake Control (EBC) EVO

Seperti barisan Ducati lain, Streetfighter V4 juga didatangkan dengan tiga mod tunggangan – Street, Sport dan Race.

Bagi yang inginkan keterujaan yang lebih tinggi, Ducati turut menawarkan Streetfighter V4 S yang menawarkan beberapa ciri premium antaranya:

  • Ducati Electronic Suspension (DES) EVO
  • Fork Öhlins NIX-30 dengan sistem kawalan Öhlins Smart EC 2.0
  • Penyerap hentakan Öhlins TTX 36 dengan sistem kawalan Öhlins Smart EC 2.0
  • Öhlins steering damper dengan sistem kawalan Öhlins Smart EC 2.0
  • Forged aluminium Marchesini wheels

Orang ramai kini boleh membuat tempahan bagi Streetfighter V4 dan V4S di Ducati Malaysia dengan masing-masing ditawarkan dengan harga berikut:

  • Ducati Streetfighter V4: RM115,900
  • Ducati Streetfighter V4 S: RM145,900