Selebriti Langgar SOP Punca Jalan Gombak Lama Ditutup?

Advertisements

Minggu lalu, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terhadap negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Langkah tersebut diambil bagi menangani penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat.

Antara aktiviti yang dilarang dilakukan sepanjang tempoh PKPB ini adalah merentas negeri.

Namun, tular berita yang memaklumkan seorang pelakon wanita telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri dengan aktiviti berbasikal.

Selebriti, Bella Daly telah ditahan semalam selepas dipercayai merentas negeri dengan menggunakan Jalan Gombak lama untuk ke Genting Sempah, Bentong, Pahang, Ahad lalu.

Difahamkan, dia ditahan selepas memuat naik aktiviti berbasikal itu di laman sosial miliknya.

Tangkapan selebriti tersebut turut disahkan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe namun telah pun dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.

Sementara itu, pihak berkuasa telah mengambil langkah drastik dengan menutup Jalan Gombak Lama menggunakan penghadang konkrit, tengah malam tadi susulan kejadian rentas negeri oleh selebriti tersebut.

Bagaimanapun, tindakan itu dilihat menyukarkan orang asli dan penduduk disitu yang menggunakan jalan tersebut. – KOSMO