HLYM Perkenalkan Warna Baharu YZF-R15 – RM11,988!

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan dua warna baharu bagi Yamaha YZF-R15 2020.

Bermula bulan ini, orang ramai yang berminat mendapatkan model terbabit boleh memilih di antara warna Race Blu atau Hitam pada harga RM11,988.

Pilihan warna Race Blu kini tampak lebih menonjolkan warna rasmi Yamaha sementara warna Hitam menampakkan jentera yang lebih agresif.

Bagaimanapun, tiada perubahan dilakukan kepada bahagian enjin yang masih lagi kekal 155cc satu silinder dengan VVA yang menghasilkan 19hp dan 14.7Nm dan disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan dengan bantuan assist/slipper clutch.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.