SPYSHOT:Yamaha NVX 155 2021 Didedahkan?

Advertisements

Tular di media sosial negara jiran, Indonesia yang memaparkan imej sebuah motosikal skuter yang didakwa sebagai model ‘facelift’ bagi Yamaha NVX 155 2021.

Dikenali sebagai Aerox di negara jiran. gambar yang memfokus bahagian depan itu jelas menampakkan rekaan yang jauh berbeza berbanding NVX sedia ada.

Bentuk lampu hadapan yang sebelum ini lebih tirus kini tampak lebih menonjol dan panjang namun seakan menghilangkan pengayaan sporty seperti sebelum ini.

Bahagian panel di atas lampu depan juga seakan lebih mendongak namun mungkin disebabkan sudut pengambilan gambar tersebut.

Yamaha NVX 155

Meskipun tiada gambar belakang namun dijangka terdapat sedikit olahan kecil dilaksanakan namun masih tidak dipastikan sama ada Yamaha akan mengekalkan penggunaan brek jenis dram di bahagian belakang atau beralih ke penggunaan cakera.

Bagaimanapun, rakan media di Indonesia, Iwanbanaran.com berjaya mendapat ‘spyshot’ yang memaparkan imej bahagian sisi yang lebih jelas kiriman pengikut.

Sumber: Iwanbanaran.com

Gambar tersebut jelas memaparkan rekaan penutup radiator yang berbeza di samping ruang tempat letak kaki yang lebih tirus di samping bentuk ekzos yang lebih lurus

Ketika ini, tiada pengesahan bila model ini akan dilancarkan dan sama ada akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.