Yamaha NMAX 2020 Mendarat Di Filipina, Malaysia Seterusnya?

Setelah Yamaha NMAX 2020 dilancarkan di Indonesia dan Thailand, Yamaha kini memperkenalkan skuter tersebut untuk pasaran Filipina.

Yamaha NMAX 2020 ini muncul dengan penambahbaikan serba baharu dengan pelbagai ciri menarik ditawarkan.

Meskipun tampak sama namun Yamah NMax 2020 kini didatangkan dengan pelbagai ciri terkini antaranya:

  • Yamaha Y-Connect
  • ABS
  • Lampu LED DRL
  • Smart Motor Generator
  • Keyless
  • Panel digital LCD
  • Tangki 7.1L

Model 2020 ini juga dilengkapi sistem Stop-Start yang berfungsi dengan mematikan enjin sewaktu sedang ‘idling’ dan kembali menghidupkan enjin ketika pendikit dipulas sekaligus menjimatka penggunaan minyak.

Pada masa sama, model ini juga dilengkapi dengan sistem smart key (keyless) dan pengecas USB di ruang letak barang kecil di bahagian depan.

Meskipun mengguna pakai enjin sama pada model sebelumnya; satu silinder SOCH, Variable Valve Actuation (VVA) yang menawarkan 14.9hp pada 8,000rpm dan 14.4Nm pada 6,000 rpm namun Yamaha mendakwa enjin ini telah diperkemaskan untuk penjimatan dan pecutan efisien.

Untuk pasaran Indonesia, dua varian ditawarkan; dengan ABS dan tanpa ABS namun pasaran Thailand hanya menawarkan varian ABS tetapi tanpa fungsi traction control, keyless dan Y-Connect.

Yamaha NMAX 2020 dijual di Filipina dengan harga PHP134,500 (RM11,500).

Yamaha NMAX 2016

Sementara itu, pasaran Malaysia masih belum menerima model 2020 ini sejak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan NMAX empat tahun lalu.

Bagaimanapun, dengan pasaran skuter 150cc bakal dirancakan dengan Honda ADV 150 tahun depan, dijangka HLYM turut akan mengorak langkah sama.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.