Honda-Yamaha-Kawasaki-Suzuki Gabung Tenaga Hasilkan Motosikal Elektrik

Meskipun menjadi seteru utama antara satu sama lain namun itu tidak menyekat Honda, Yamaha, Kawasaki dan Suzuki untuk bersatu tenaga dalam membangunakn motosikal elektrik.

Kerjasama empat jenama besar ini dianggap sebagai langkah penting dalam mengangkat Jepun ke arah era bebas emisi ekzos.

Keempat-empat jenama ini telah pun menandatangani konsortium untuk bertukar-tukar bateri motosikal elektrik dalma usaha mewujudkan sebuah bateri yang boleh digunakan pada kesemua jenama motosikal.

Dalam erti kata lain, bayangkan telefon pintar Android dan iPhone anda, dicaj menggunakan kabel USB yang sama.

Selepas beberapa bulan menandatangani konsortium tersebut, mereka mengumumkan akan melancarkan sesi ujian e-Yan Osaka di Universiti Osaka.

Sesi ujian ini melibatkan pelajar universiti terbabit yang berpeluang menguji motosikal elektrik dan menggunakan stesen tukar bateri yang telah dipasang di kampus.

Sementara itu, dijangka kerjasama empat kuasa besar motosikal ini akan turut mempercepatkan pembangunan jentera elektrik pada masa akan datang.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]