Honda Accord Kekal Kereta Segmen-D Paling Popular

Honda Accord generasi ke-10 merekodkan penjualan memberangsangka sejak dilancarkan pada Februari tahun ini dengan lebih 920 unit telah pun terjual.

Varian tertinggi, 1.5L VTEC Turbocharged Premium (TCP) menjadi varian popular dengan sumbangan lebih 78 peratus daripada keseluruhan penjualan setakat ini.

Menurut Honda Malaysia, lebih 500 unit telah pun diserahkan kepada pelanggan sekaligus menyaksikan Accord terus mendominasi pasaran segmen-D bagi separuh pertama 2020.

Menariknya, rata-rata pembeli gemar dengan pilihan warna Platinum White Pearl dengan lebih 33 peratus tempahan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama menyifatkan pengenalan kepada enjin 1.5L VTEC Turbocharged menjadi tarikan utama yang membawa kepada penjualan tersebut.

“Sejak dilancarkan, tempahan dan penjualan model ini meningkat terutamanya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Inisiatif kerajaan dalam memperkenalkan pengecualian cukai jualan turut membantu meningkatkan jualan.

“Kami mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan atas kepercayaan mereka terhadap Honda Accord,” jelasnya.

Honda Accord menawarkan kuasa sekitar 201hp dengan 260Nm dan angka itu adalah lebih tinggi berbanding enjin 2.4L.

Ciri Honda SENSING turut menjadikan Accord tarikan utama bagi sedan Segmen-D di samping ciri keselamatan 5-bintang oleh ASEAN NCAP.

Honda Accord kini ditawarkan pada harga berikut:

  • Accord 1.5 TC Standard – RM178,203
  • Accord 1.5 TC Platinum White Pearl – RM178,566
  • Accord TC-P Standard – RM187,390
  • Accrod TC-P Platinum White Pearl – RM187,754
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]