Ducati Panigale V2 Akhirnya Mendarat Di Kuala Lumpur – RM109,900!

Selepas beberapa bulan penantian, akhirnya Ducati Malaysia melancarkan Panigale V2 dan V4 2020, hari ini.

Kami berpeluang melihat Panigale V2 dengan lebih dekat apabila dijemput menghadiri Ducati World Premier (DWP) 2020 di Rimini, Itali, Oktober tahun lalu.

Selang 10 bulan kemudian, Ducati Malaysia akhirnya membawa Panigale V2 bersama-sama V4 2020 untuk pasaran tempatan.

Ducati Panigale V2 menawarkan prestasi sebuah motosikal sport bike namun dengan tempat duduk yang lebih selesa sekaligus menjaminkan tunggangan yang mengujakan bagi kegunaan harian.

Antara ciri utama yang terdapat pada V2 adalah penggunaan kerangka monocoque yang menyerlahkan lagi bahagian enjin yang kompak sekaligus menampakkan keseluruhan rupa jentera ini kurang ‘menakutkan’ berbanding V4.

Mematuhi piawaian Euro5, enjin 955cc Superquadro ini menjana 155hp pada 10,750rpm – lebih 5hp berbanding enjin sebelumnya – dan 104Nm pada 9,000rpm.

Panigale V2 hanya perlu menjalani ‘valve clearance’ bagi setiap 24,000km dan servis selepas setiap 12,000km atau 12 bulan sekaligus membuktikan dakwaan bahawa jentera ini dilahirkan untuk kegunaan harian namun masih berkemampuan untuk menunjukkan taring di litar pada hujung minggu.

Pakej elektronik serba baharu turut diperkenalkan bagi menjaminkan tunggangan yang selamat dan selesa.

Panigale V2 dilengkapi dengan ‘cornering ABS’, sistem quickshifter (up down), traction control, engine brake control dan wheelie control dan menawarkan tiga mod tunggangan (Race, Sport dan Street).

Segala ciri ini boleh dikawal menggunakan paparan TFT berwarna 4.3 inci.

Antara ciri utama Panigale V2:

  • Under-engine silencer with single side end pipe
  • Kerangka monocoque aluminium
  • Swingarm single-sided aluminium
  • Fork 43 mm Showa Big Piston (BPF) boleh laras
  • Penyerap hentakan Sachs boleh laras
  • Steering damper Sachs
  • Pakej elektronok dengan 6-axis Inertial Measurement Unit (6D IMU):
    • ABS Cornering EVO
    • Ducati Traction Control (DTC) EVO 2
    • Ducati Wheelie Control (DWC) EVO
    • Ducati Quick Shift up/down (DQS) EVO 2
    • Engine Brake Control (EBC) EVO
  • Mod Tunggangan (Race, Sport, Street)
  • Tangki 17-litre
  • Lampu depan DRL LED penuh
  • Konfigurasi dua tempat duduk
  • Kaliper Brembo M4.32 monobloc
  • Rekaan rim serba baharu
  • Ducati Lap Timer GPS (DLT GPS), Ducati Multimedia System (DMS), Ducati Data Analyser+ GPS (DDA+ GPS)
  • Ducati turut mendakwa Panigale V2 merupakan jentera ‘entry level’ bagi mereka yang mencari sebuah sport bike yang mudah ditunggang.

Ducati Panigale V2 boleh didapati dengan harga RM109,900!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]