Yamaha 125ZR Ini Dipinang Dengan Mas Kahwin RM85,000 Tunai!

Beberapa bulan lalu, kecoh seantero Malaysia apabila sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ yang dijual dengan harga RM70,000.

Kini timbul pula motosikal kapcai yang berjaya memecahkan harga tersebut apabila sebuah jentera jenis Yamaha 125ZR M1 edisi terhad dijual pada harga RM85,000!

Berdasarkan perkongsian di laman sosial, seorang lelaki Vietnam difahamkan telah membeli jentera berkenaan dengan harga tak masuk akal itu.

Difahamkan, jentera ini sememangnya dalam keadaan baharu dan tidak pernah didaftar oleh si penjual yang merupakan anak tempatan.

Mohamad Azhar Mat Siam, mendedahkan dia meletakkan harga tersebut dengan niat untuk tidak menjual namun lelaki Vietnam terbabit masih menyatakan hasrat untuk membeli.

“Tidak sangka dia terus memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun bank saya sebanyak RM30,000 petang semalam,” jelasnya kepada Harian Metro.

Menurut Azhar, motosikal keluaran tahun 2003 terbabit telah dibeli dengan harga RM6,617.76 oleh arwah ayahnya.

“Selama 17 tahun ini, motosikal itu hanya disimpan di dalam rumah,”tambahnya.

Yamaha 125ZR M1 itu merupaka keluaran edisi khas yang diinspirasikan daripada YZR-M1 Gauloises. – HM

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply