GoCar: 200 Nissan Almera Percuma Untuk Barisan Hadapan Di 127 Stesen Shell

Advertisements

Sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan dan barisan hadapan dalam membendung penularan Covid-19, GoCar Malaysia bersama Shell Malaysia menawarkan 200 Nissan Almera secara percuma kepada petugas barisan hadapan negara.

Inisiatif ini bagi memudahkan pergerakan petugas barisan hadapan yang giat membantu negara dalam membendung Covid-19.

Selain daripada menawarkan 200 Nissan Almera, Shell turut menawarkan baucar RM30 kepada para petugas.

Usaha ini dijangka akan membantu para doktor, jururawat, ahli farmasi, pembantu makmal, kakitangan hospital untuk bergerak dengan lebih efisien dan selamat dari hospital, klinik dan pusat kuarantin.

Para petugas boleh mendaftar menerusi laman sesawang GoCar dan sebaik berjaya setiap pendaftar akan menerima kod promo bernilai RM483 yang boleh digunakan untuk menempah sebuah Nissan Almeera termasuk baucar RM30.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GoCar Malaysia, Alan Cheah menyifatkan inisiatif ini satu usah bersama dengan Shell Malaysia.

“Kami mahu menyumbang kepada komuniti dengan apa sahaja cara yang ada. Kami juga teruja dapat bekerjasama dengan Shell Malaysia yang berkongsi sasaran sama.

“Petugas barisan hadapan telah berpenat lelah untuk kita semua, jadi kami mahu mereka bergerak dalam keadaan yang selamat menerusi servis GoCar,” jelasnya.

Selaras dengan situasi semasa, GoCar turut menjalankan proses disinfeksi kerap bagi menjaminkan kebersihan kenderaan yang ada.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI