PROTON Bakal Hasilkan 6,000 Pelindung Muka Untuk Barisan Hadapan!

Advertisements
Sumber: Bernama

Selepas menyerahkan 50 unit Proton X70 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beberapa minggu lalu, PROTON kini meningkatkan usaha dengan menghasilkan pelindung muka bagi petugas barisan hadapan.

PROTON bakal memulakan penghasilan pelindung muka di Shah Alam dengan pemasangan akan dilakukan oleh staf PROTON yang menawarkan diri untuk membantu.

Pengeluar kereta nasional pertama negara itu mensasarkan penghasilan lebih 60,000 pelindung muka dalam tempoh 20 hari.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Radzaif Mohamed menjelaskan sebagai pengeluar kereta nasional adalah menjadi tanggungjawab untuk membantu usaha negara.

“Sebagai sebuah jenama automotif kebangsaan, usaha PROTON ini didorong oleh tanggungjawabnya untuk membangunkan industri kereta tempatan dan juga untuk menyokong negara dan rakyat Malaysia sekiranya mereka
memerlukan sebarang bantuan.

“Syarikat mempunyai kepakaran untuk menghasilkan kereta jadi kami menggunakan kelebihan tersebut untuk menghasilkan peralatan PPE dalam usaha menyokong wira-wira barisan hadapan negara dalam membendung penyebaran COVID-19.

“Pelindung muka yang dihasilkan akan dihantar secara berperingkat dan kami akan bekerjasama rapat dengan pihak Kementerian untuk mengedarkan peralatan tersebut mengikut tahap keperluan di setiap daerah,” katanya.

Sementara itu, PROTON turut mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa untuk membenarkan sebilangan kecil kakitangan untuk hadir di Shah Alam sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam membantu menghasilkan pelindung muka tersebut.

Jangan lupa ikuti kami di Facebook dan  Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.