Langgar Belakang Perodua Viva, Pemilik Lamborghini Ganti Dengan Myvi

Advertisements

Baru-baru ini, satu kemalangan membabitkan Perodua Viva dan Lamborghini Huracan mencuri perhatian di laman sosial.

Jentera bernilai RM1.5 juta itu telah melanggar bahagian belakang Perodua Viva milik seorang ibu tunggal yang menjalankan perniagaan penghantaran makanan dan Perodua Viva tersebut merupakan medium penting bagi perniagaannya.

Bagaimanapun, ketika kemalangan berlaku, kereta Viva tersebut dipandu kakaknya yang dalam perjalanan membeli makanan.

Kemalangan tersebut jelas berpunca daripada kesilapan pemandu Huracan itu yang memandu terlalu laju di dalam kawasan perumahan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menyedari kesilapannya di samping memahami kesukaran yang ditanggung pemilik ibu tunggal tersebut, pemandu Lamborghini itu membayar ganti rugi dengan membelikan sebuah Perodua Myvi.

Diharapkan rakyat Malaysia mematuhi undang-undang jalan raya meskipun jalan raya kosong ketika penguatkuasaan PKP.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.