Vios Challenge: Syafiq Ali Curi Tumpuan, Freddie Ang Juara Perlumbaan Dua

Advertisements

Perlumbaan dua Vios Challenge kategori Super Sporting menyaksikan Freddie Ang daripada pasukan Telagamas Toyota muncul juara.

Dia berjaya mengetepikan cabaran William Ho yang terpaksa akur di tempat kedua sementara Boy Wong lengkapkan podium dengan kedudukan ketiga.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan terhadap pelumba M7 Japan Project Team, Syafiq Ali yang memandu jentera no.7.

Meskipun beraksi di litar yang agak sempit namun situasi itu tidak menyekat peluang Syafiq yang mempamerkan pemanduan mantap untuk menamatkan aksi di tempat keempat.

Dia menampilkan aksi agresif sehingga menarik sorakan pengunjung yang hadir di perkarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini.

Ketika perlumbaan berbaki 5 lap, Syafiq cuba mencari ruang untuk merampas kedudukan ketiga daripada Boy Wong namun gagal tatkala pelumba itu bijak menutup ruang.

Meskipun begitu, prestasi Syafiq harus diberikan pujian tatkala berjaya memperbaiki keputusan di perlumbaan pertama apabila dia menamatkan aksi di tempat ketujuh, semalam.

Dalam perkembangan sama, pendahulu kejuaraan Super Sporting, Tengku Djan Ley terpaksa akur dengan keputusan perlumbaan dua apabila menamatkan aksi di kedudukan terakhir.

Dia mempamerkan pemanduan garang di awal perlumbaan namun insiden berlanggar dinding konkrit menyebabkan tayar kanan jenteranya rosak lalu memberi kesan terhadap prestasinya hari ini.

Berikut keputusan penuh perlumbaan dua Super Sporting: