Vios Challenge: Shukri Yahaya Juara Di Batu Kawan, Janna Nick Kemalangan

Shukri Yahaya merampas kemenangan perlumbaan dua Vios Challenge kategori promotional selepas berjaya menyekat kemaraan Nabil Ahmad di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini.

Shukri yang menamatkan aksi perlumbaan satu semalam di tempat ketiga, mempamerkan pemanduan lebih konsisten kali ini.

Sementara itu, Nabil harus berpuas hati di tempat kedua tatkala berjaya mengekalkan tempat kedua sepertimana dilakukannya semalam.

Bagaimanapun, tumpuan sepanjang perlumbaan terarah kepada tempat ketiga, Shawn Lee dan Janna Nick.

Kedua-duanya berentap untuk merebut tempat ketiga tatkala Shawn mengekori rapat Janna sepanjang perlumbaan.

Ketika aksi berbaki 4 lap, Shawn Lee tampil lebih agresif dan cuba memintas Janna namun berlaku pelanggaran sehingga menyebabkan jentera Janna terpaksa bersara lebih awal.

Penentuan juara Vios Challenge bagi kategori promotional akan ditentukan di peringkat akhir Toyota Gazoo Racing Festival yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, selepas ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.