Yamaha X-MAX Kini Ditawarkan Dengan Tiga Warna Baharu Bagi 2020

Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) memperkenalkan tiga warna baharu bagi Yamaha X-MAX 2020.

Yamaha X-MAX 2020 kini didatangkan dengan tiga warna pilihan, Matte Blue, Matte Silver dan Matte Grey.

X-MAX merupakan skuter segmen mewah yang dilengkapi teknologi Yamaha Blue Core dan beberapa ciri keselamatan terkini antaranya Anti-lock Braking System (ABS) dan Traction Control.

Disebabkan saiznya yang agak besar, X-MAX menawarkan ruang simpanan yang luas dan mampu memuatkan sebuah helmet full-face dan beberapa barangan lain.

Meskipun hadir sebagai sebuah skuter namun enjin 250cc menawarkan sekitar 22.8hp dan mampu merekodkan kelajuan maksima sekitara 140km/j.

Orang ramai yang berminat untuk menyaksikan skuter 250cc ini boleh berkunjung ke pengedar rasmi Yamaha terdekat.

Menariknya, Yamaha X-MAX 2020 kekal ditawarkan pada harga sama – RM21,500.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.