Modenas-Kawasaki Kaji Semula Projek ‘Supermoped’

Sumber: Drebar

Pendedahan itu dibuat sendiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan, ketika sesi soal jawab di Hotel Thistle, Port Dickson, malam tadi.

Walaupun projek tersebut menyepi lebih tujuh tahun selepas model konsep pertama ditayangkan kepada umum namun pendedahan ini sedikit sebanyak membuka lembaran baharu.

Tahun lalu, Pengarah Urusan DRB-Hicom, Dato’ Syed Faisal Albar, sendiri memaklumkan bahawa projek itu telah terkubur namun kerjasama di antara Modenas dan Kawasaki Heavy Industries (KHI) – yang memiliki 30 peratus pegangan saham dan mampu meningkat sehingga 48 peratus – seakan membuka semula projek menarik itu.

Malah, projek ‘supermoped’ itu akan turut sama dinilai oleh pihak KHI.

Pendedahan ini merupakan berita yang dinantikan rakyat Malaysia dan segmen supermoped yang popular dengan Yamaha Y15ZR, Honda RS150R, Benelli RFS150i dan SYM VF3i

Terdahulu, Roslan turut memaklumkan bahawa Modenas akan melancarkan beberapa jentera hasil kerjasama KHI dan difahamkan melibatkan model Versys dan Ninja.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply