Pinda Akta OKU 2008, Individu Salah Guna Kemudahan OKU Bakal Didakwa

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zulkifli Ismail mahu pinda Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 bagi mengambil tindakan terhadap individu yang salah guna kemudahan asas OKU.

Menurut laporan Berita Harian, akta sedia ada hanya bertindak sebagai pemangkin kesedaran terahadap orang ramai.

Bagaimanapun, dia mengharapkan pindaan akta tersebut akan membolehkan pihak yang tidak bertanggungjawab didakwa kerana menggunakan kemudahan OKU terutamanya tempat letak kereta OKU.

“Kami mahu lihat Akta OKU 2008 untuk tidak lagi memberi kesedaran semata-mata tetapi lebih kepada penguatkuasaan.

Difahamkan, pihak JKM masih dalam perbincangan untuk meminda akta tersebut di samping perlu membuat kajian terlebih dahulu.

Zulkifli memaklumkan bahawa pindaan tersebut bukan bertujuan untuk menghukum tetapi lebih kepada menjaga hak kepentingan OKU di negara ini.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Mickey Leong, memuat naik video yang memaparkan sebuah kereta tanpa pelekat OKU didakwa menggunakan kemudahan OKU di sebuah pusat beli-belah.

Saksikan video tersebut di bawah:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.