Insiden Salah Masuk Laluan Motosikal, Tak Sengaja Atau…

 

Kebelakangan ini, kerap kali media tempatan melaporkan insiden kereta memasuki laluan motosikal sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.

Semalam, seorang pengguna Facebook, Sayuti Laniaz memuat naik rakaman video yang memaparkan sebuah kereta jenis Mercedes telah memasuki laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) menuju ke Subang Jaya.

Meskipun menimbulkan kemarahan netizen terutamanya yang menggunakan motosikal ada juga yang berpendapat pemandu tersebut kemungkinan tidak sengaja tersilap masuk ke laluan terbabit.

Persoalannya, adakah simpang masuk ke lorong motosikal sukar untuk dibezakan atau pemandu tersebut sememangnya berniat untuk menggunakan laluan tersebut untuk mengelak kesesakan jalan raya?

April lalu, dalam satu kejadian di laluan motosikal di Tambak Johor menghala ke Singapura, sebuah kereta jenis Honda Jazz telah memasuki laluan motosikal lalu menyebabkan kemalangan.

Ketika dalam percubaan untuk mengundurkan kereta, sebuah motosikal Suzuki GSX S1000 telah menghentam bahagian belakang kereta tersebut lalu menyebabkan penunggang mengalami cedera parah.

Apabila isu keselamatan membabitkan pemandu kereta dibangkitkan, ada pihak yang menggesa agar pihak kerajaan mengharamkan motosikal bawah 200cc bagaimanapun, apakah tindakan yang harus diambil terhadap pemandu yang membahayakan nyawa penunggang dan pembonceng motosikal?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.